Friday 31 August 2012

Baru Sedar

[Entry sebelum tidur]

Tadi lepas lepak
tengah memandu
rasa 'down'
tak bersemangat.

Kemudian aku fikir panjang
macam aku selalu buat
bila aku seorang.

Aku sebenarnya
selalu kecewa
sedih, terluka, marah, negatif
sebab aku
tak dapat menerima diri sendiri.

Aku suka perkara
yang tak sepatutnya aku suka
aku tahu salah
tapi aku tak boleh
untuk tidak buat.

Aku cuba untuk suka
suka perkara betul
aku tahu betul
tapi aku tak boleh
untuk buat-buat suka.

Aku suka untuk buat
perkara yang tak sepatutnya aku buat
tapi aku tak dapat buat
sebab aku tahu perkara itu salah.

Aku suka untuk tunjukkan
apa yang aku suka
tapi aku tak boleh tunjuk
sebab aku tahu apa yang suka
salah dimata yang lain.

Apa yang aku suka
adalah salah.
Apa yang aku ingin buat
aku tak dapat buat.
Minda aku kata ya
badan aku kata tidak.
Aku tak tahu nak pilih yang mana
yang aku suka tapi salah
atau yang aku tak suka tapi betul
tapi aku tak boleh berpura-pura suka
dan aku tak boleh buat perkara salah.

Aku tahu entry ini pening
aku juga pening
dengan diri aku.

Aku sendiri tak tahu yang mana aku mahu

Wednesday 29 August 2012

Dia Lagi.

Hari ini aku tengok dia lagi
orang yang sama
kisah yang sama
tak berubah.

Sangat kasihan
acapkali aku melihat dia.

Hari ini dia luahkan
pada tetamu hatinya
mereka kawan
sesaat terkelu
dan dengan sebuah ketawa
segalanya, kawan itu
tukar menjadi jenaka
dia ketawa
mereka ketawa.

Tapi aku tahu
kerana aku juga begitu
dia pasti luka
bukan zahirnya
tapi di dalam
terguris, berdarah
aku kasihankan dia.

Yang tidak dapat zahirkan.

Monday 27 August 2012

Reply 1997

Reply 1997
ini drama Korea
semua kisah, kisah kehidupan
tapi kisah ini
macam melekat sikit dengan aku.

Kang Joon Hee
nama watak itu
bukan utama
tapi yang impaknya
sampai sekali kepada aku.

Tiap-tiap kali Joon Hee keluar
aku berasa sedih untuk dia
aku faham perasaan dia
aku tahu bagaimana jadinya dia.

Bagaimana sebuah drama korea
mampu menyentuh kalbu ini?
*mengeluh*

Reply 1997

Kang Joon Hee (Hoya) left, Yoon Yoon Jae (Seo In Guk) right.

Friday 24 August 2012

Teringin nak pacar.

Tengok orang ada pacar
mesej tak henti-henti
sengih sampai ke pipi
happy!

Teringin nak ada juga
tapi pilihan aku kan tak sama
nanti orang marah
tak suka.
Tambah lagi tak kacak bergaya
macam jantan-jantan korea
atau mat saleh luar sana
awek pandang pun tidak
badan pun
alahai....

Tapi teringin itu
tetap ada.

Sedih

Bila duduk dalam kelambu
orang bukan tahu
tak nampak.

Kita tahu siapa diluar
dengar jelas orang kata apa
cakap-cakap mereka
apa mereka suka
apa mereka tak suka
kita sama masuk.

Kadang-kadang orang cakap
aku hanya boleh dengar
apa mereka tak suka
sebab aku dalam kelambu
mereka tak tahu
yang mereka cerita itu aku.

Bila duduk dalam kelambu
dengar kawan tak suka
orang macam aku
gelak sahaja
luar suka
dalam terluka.


Aku rasa...

Aku rasa
aku ni bipolar
kecelaruan identiti
semualah.

Aku rasa
aku gila
habis cerita
sekian, wassalam.


Wednesday 15 August 2012

Tinggal satu [Edisi Raya]


Tinggal satu,
beg belum dibeli,
untuk masuk sem baru nanti.

Kasut baru dibeli semalam.

Tuesday 14 August 2012

Sahabat itu [sahabat dua]

Tiba-tiba terkenang
kisah aku dan sahabat ini
sahabat dua
aku namai.

Awal perkenalan
rakan sebilik
rapat.

Akhir perkenalan
rakan sebilik, lagi
rakan sekelas, pula
bercerai.

Dulu duduk sama-sama
joging sama-sama
makan pun sama-sama
orang sampai kata
suami isteri.

Pertengahan perkenalan
semester dua asasi
akrab bagai isi dengan kuku
tapi
kuku makin pecah
isi makin layu.

Aku tak tahu kenapa
jauh-jauh aku dan sahabat itu
bercakap tidak bertegur pun tidak
kerana kerja baru berkata-kata.

Runsing pun ada
tanya kawan baik dia
teman wanita aku
waktu itu.

Perempuan itu
kawan baik dia
teman wanita aku
tahu tapi tidak memberitahuku
kalau itu yang dia mahu.

Selesai asasi kami
berpisah begitu saja
aku pohon maaf kalau salah
pulangkan topi yang kami tukar
terus senyap begitu saja
aku dan sahabat itu.

Dia tiada langsung warkah terakhir
kononnya,
maaf selamat tinggal apatah terima kasih
hilang begitu saja.

Aku masih runsing
tapi aku biarkan sahaja
mungkin salah aku
mungkin juga dia
yang pasti
aku tak mahu beban ini selamanya
aku meminta maaf
dan aku juga memaafkan
biar aku tak tahu apa sebabnya.

Sahabat itu [sahabat satu]

Sahabat itu
dulu tahu hampir semua
pasal aku.

Ingat-ingat
tak ingat pulak aku
macam mana dia boleh tahu
segala hal pasal aku.

Sahabat itu
dulu tahu hampir semua
pasal aku.

Mulutnya terkunci rapat
erat.
Matanya sekadar memandang
tidak menilai.
Madahnya nasihat
harapan.
Harapan untuk terbaik
aku dengar, sekadar dengar,
susah.

Sahabat itu
dulu tahu hampir semua
pasal aku.

Tapi
harapan sahabat itu
mengunci cerita aku
setakat itu sahaja
biar yang manis dikenang
tiada lagi kotor.

Sahabat itu
yang dulu tahu hampir semua
pasal aku
Terima Kasih!

Bert and Ernie, aku dan sahabat itu.

Monday 13 August 2012

Hari itu [satu]

Hari itu [dua kosongkosong lima]
aku mulai berasrama
ditinggal keluarga
kerana cita.

Aku mulai kenal kenalan
main belajar sama
seronok.

Malam tu malam biasa
lena aku tidur
macam biasa.

Aku rasa dikacau
tangan ditolak-tolak
ditepis-tepis
mengelamun mengantuk.

Aku mulai terjaga
terasa benda asing merangkak
mencari anu.

Mengelamun mengantuk
aku tanya kenapa
dijawabnya tidak apa
aku diam
biar.

Tak tahu kenapa
tak pernah pula mencuba
atau ingin mencuba
kosong.

Malam itu datang
aku biar datang
tak halang
terus aku hanyut
kerana malam itu.



Sunday 12 August 2012

Sengsara

Kena seksa sengsara,
jatuh sakit pun sengsara,
sengsara ini boleh diubat.

Kalau banyak rahsia sengsara juga,
nak bilang orang makin sengsara,
simpan sendiri terus sengsara,
semuanya serba sengsara.

Nasib baik ada blog,
boleh tulis-tulis, cakap-cakap, cerita-cerita.
sembunyi diri sembunyi rupa,
biar tiada siapa tahu,
siapa penglipur lara,
janji cerita orang baca,
tak perlu simpan dalam hati,
sampai mati,
lagi.

Aku orang hina,
ketahuilah.

Tuesday 7 August 2012

Satu permintaan, harapan.

Macam biasa tadi layan facebook,
baca komen-komen orang,
gelak sorang-sorang,
macam orang masuk air.

Ada satu group di facebook
tanya soalan ni,
'Before I die, I wish to..'
tersentap sekejap.

Aku tak fikir lama,
terus muncul
itu yang paling penting.

Sebelum aku mati, aku berharap,
semua orang yang mengenali aku dapat memaafkan aku.
Sebelum aku mati, aku berharap,
aku telah kembali kepada Sang Pencipta.

Aku tahu banyak dosa aku
dengan orang.
Aku pernah mencuri,
aku pernah menghina,
aku pernah menipu,
malah aku pernah melakukan hubungan suami isteri.

Aku tahu banyak dosa aku
dengan Sang Pencipta.
Solatku ke laut,
Arahannya aku ingkar,
malah aku pernah melakukan hubungan suami isteri
sejenis.

Aku tahu,
aku pernah berputus asa,
dengan kematian, redha.
Aku manusia lalu aku masih berharap
walaupun harapan itu
sekelumit nampaknya.

Before I die. Sumber, encik GOOGLE.

Tak ada kerja buat bunga.

Sekarang cuti semester,
dah dua bulan goyang kaki,
bela perut makin membuncit.

Tadi emak jahit tudung tingkap raya,
aku tolong,
tengok.

Lepas tu emak ajarkan buat bunga guna kain,
aku cubalah.

Potong bulat-bulat,
jahit tepi-tepi,
tarik ketat-ketat,
siap.

Dua tiga juga yang aku buat,
macam menarik,
anak lelaki yang seorang ni,
berkebolehan rupanya. *bangga*

Bunga-bunga kainku. =,="

Monday 6 August 2012

Metafora Minyak Wangi

Antara dua minyak wangi
satu RM36, satu RM10
nak beli yang beratus-ratus masih tak mampu,
pelajar lah katakan.

Antara dua minyak wangi,
kedua-duanya wangi,
yang mahal dan yang murah.

Antara dua minyak wangi,
yang mahal baunya kuat,
tahan lama.
Yang murah baunya sama kuat,
tapi sekejap sahaja tahannya.

Antara dua minyak wangi,
aku suka yang murah,
walaupun sekejap baunya,
tapi lebih lagi baunya,
pakai banyak kali pun tak mengapa,
sebab murah tak rasa rugi.

Kalau orang yang murah,
macam inilah diperlakunya.
Kalau yang mahal dijaganya elok sahaja.

Minyak wangi yang mahal dipakai di hari tertentu,
ekslusif (betulkah ejaan?)
Minyak wangi yang murah dipakai sahaja,
tak ada apa yang istimewa.

Kalau orang,
hendakkan maruahnnya yang mahal
atau yang murah?

Yang mahal dan yang murah, manakah?

Kucing.

Di rumah aku ni,
sentiasa ada kucing yang aku bela.
Tak pernah surut kucing kat rumah ni.

Tapi,
setiap kali aku cuma bela seekor,
kucing yang aku bela tak tahan lama,
expired, mampos.

Sayang dan kesian bila kucing-kucing ni mati,
tapi nak buat macam mana,
dah umur tak panjang.

Ajaibnya,
kucing-kucing yang aku bela,
tak pernahnya aku pergi beli,
atau kutip kat mana-mana.
Semuanya datang menyerah diri.

Mati seekor, datang seekor,
mati lagi, datang lagi.

Dulu aku bela dua ekor,
seekor jantan, seekor betina,
adik beradik.

Yang betina beranak tiga,
yang jantan hilang, kesian....
kat aku.

Sekarang yang betina atau ibu dah tak ada,
tinggal tiga anaknya,
dua jantan satu betina,
kadang-kadang datang atuknya minta makan,
bagi juga, empatlah jumlahnya.

Tadi sahur,
bunyi kucing bising kat luar,
ingatkan bertiga itu,
tapi kucing baru lagi.
Aduh, tak larat nak bagi makanan dah.

Si bertiga di rumah.

Saturday 4 August 2012

Kaca Mata Hitam.

Kaca mata hitam,
walaupon kacanya hitam,
matanya tak terkecuali,
ada tarikannya,
dan fungsinya.
(merapu)

Aku orang buta,
nampaknya samar-samar,
nak tengok jelas,
kaca matalah jawapannya.

Malaysia kan panas, terik.
Seronok tengok orang pakai kaca mata hitam,
tidaklah silau sangat bila berkaca mata hitam.

Lebih-lebih lagi zaman sekarang,
budak-budak basikal fixie pakai kaca mata hitam,
berbagai-bagai,
menariklah jugak,
teringin sangat.

Tapikan,
aku kan berkaca mata,
mana mampu pakai lagi kaca mata hitam atas kaca mata,
gila?
Kalau nak pakai kaca mata hitam saja,
makin butalah jawabnya.
Kalau tidak pun,
kanta lekap.
Mana mampu bro,
malas pon ada.
Nak pakai kanta lekap sebab kaca mata hitam,
sedihnya hidup aku.

Kalaulah ini aku... Terima kasih encik GOOGLE.

Friday 3 August 2012

Dah Bosan.

Zaman sekarang ni ramai gila gila gila gila gila nak berblogging.
Aku antaranya,
macam aku kata kat entry pertama. [sini]

Tapi yang aku dah bosan adalah,
blog-blog awek,
bukannya aku tak suka awek (kureng suke jeww),
tapi awek-awek yang tulis entah apa-apa,
lepas tu letak gambar buat-buat comel,
mulut muncung-muncung,
pipi tak tersorong-sorong.
(jangan tanya aku macam mana tersorong-sorong sebab aku pon tak tahu)
baju ketat-ketat,
elergik lah!

Lepas ni, mesti ramai awek marah sama aku,
lantaklah. (gelak macam setan kuat-kuat)

Oh, aku jumpak facebook page, Himpunan Gambar Awek Melayu,
si Admin curi gambar awek dalam facebook,
golongan aweknye,
macam yang tertera di atas,
kesian aku kesian,
tapi banyak lagi padan muka.
(lagi gelak setan).

Semalam punya sahur.

Aku umur dah 20,
tapi pagi-pagi kat rumah,
emak wajib kena gerak,
subuh.

Semalam lepas sahur.
sefamily masuk tidur balik,
emak pun sekali,
macam biasa patutnya subuh mak kejutkan, lagi
tapi semalam tak pulak.

Yang aku sedar emak kejut,
suruh tekankan duit dia kalau aku pergi bank,
tu ja dan tak ada subuh.

Fikir dan fikir,
OH, mak mesti tertidur lagi, lama.
Mesti lambat bangun nak pergi kerja,
tak kejut aku sebab aku badak,
tidur 10kali kejut baru nak bangun,
ok.

Maka tak ada subuh hari semalam.

p/s: macam lah sebelum ni aku Subuh sangat. Astaga!

Ini bukan emak, bukan aku. Tapi inilah aku kalau dekat U bila lambat bangun ke kelas!
encik GOOGLE yang baik hati bagi.

Malam.

Dah berpuluh-puluh,
ribu-ribu, juta-juta malam,
aku tak boleh tidur malam,
biasa bukan luar biasa pun.

Malam-malam,
internet cari... (gelak sendiri, jahat punya style)
Tapi masalahnya pakai broadband,
ada kuota kena patuh,
like pn kadang-kadang laju macam beruk,
lambat macam siput,
memang menguji kesabaran iman!

Gerak-gerak sana, lampu broadband biru, cantik.
Duduk lama-lama lampu broadband hijau, f***.
Jadi, goyang-goyang pergi lain tempat,
motif nak cari line,
macam bodoh pon ada,
sabar....

mr GOOGLE bagi curik.

Wednesday 1 August 2012

Sahur

Dah 20 tahun sambut Ramadhan,
bulan mulia ni.

Waktu badan sebesar teddy bear yang comel,
liat sungguh nak bangun bersahur.
Mak gerak dan gerak,
goyang bagai nak rak,
tetap melekat atas katil.
Adoi, susah susah.

Sekali hujan turun,
percik percik atas muka,
baru tahu nak bangun!

Lauk mesti sedap, dan banyak.
Saya tahu, kecil lagi dah men'DIVA'.

Kalau kat asrama waktu form,
senangnya nak bangun.
Ustad bunyikan siren pekak telinga.
Pagi-pagi buta dah beratur macam orang gila.
Berebut-rebut macam ribut.
Tepat pukul 5[lima] pakat tutup.
Bayangkan kami bangun pukul berapa.
Adoi lagi!

Selamat berpuasa semua, tahan nafsu anda ya.

Sumber: encik GOOGLE.

Sebab Utama

Bukan saja-saja aku letak 'Budak Confuse'.
Penat aku memerah otak kecil dalam badan besar ini
(tapi dulu kecil badan).

Jantina aku, JANTAN MACHO PERASAN.
Bermuka bulat, merah mulut asli.
Kalau dilihat senyuman, cair.
Manis kata-kata, betina semua suka, pasti yang ini!

Suka aku lihat perempuan ayu,
bertudung sempurna, tak perlu labuh-labuh.
Tertutup dadanya, lehernya,
tiada pula bonngolan unta dikepalanya.
Mekapnya nipis, mulutnya merah,
senyumnya manis, terbaik.

Suka juga aku lihat,
jejantan macho bidang dadanya,
tak kurus tak juga montel-montel comel.
Senyum manis dan kulit putih,
lagi cair semuanya.

Nampak permainan aku?

Putih berurat tangan merah bibir.

Bukan muka baru

Buka, tutup, buka, tutup.
Ini bukan blog pertama, bukan jua terakhir aku sangsi.

Tapi kali ini,
blog aku lebih berteraskan peribadi,
hendak saja aku cerita semua
dalam hati yang meluap-luap
sikit lagi nak tumpah dalam realiti,
bahaya!
Baik cerita dalam alam maya,
selamat sikit.

Pengenalan,
Budak Confuse,
pseudonym aku pilih.

Sebab?
Aku sendiri sangsi,
pasal masa lampau,
pasal masa sekarang,
pasal masa depan.
*Haih*
Mengeluh sendiri...