Wednesday 31 October 2012

Quick update.

Mampos!
Berlegar-legar di ruand minda
mampos mampos mampos
sampai naik pening kepala.

Esok sebenarnya
aku ada ujian pertengahan
dua semuanya
tadi di kelas bahasa
ustaz khabarkan
esok petang ujian pertengahan
mampos!

Jadi tiga semuanya
sudahlah ujian bahasa
bertembung dengan ujian lain
mampos lagi!

Sudahlah belajar pon belum
inikan mahu ditambah lagi satu
dan terus mampos!

Dah sudah
sebelum aku mampos lagi
baik aku berambus
tidur dulu
baru belajar!

Source: Google image.

Tuesday 30 October 2012

Hari ini.

White Coffe. Peneman di pagi hari. Serius sedap!

Berita hari ini.
Setiap 20hb setiap bulan sehingga Mac, tiket masuk ke Sunway Lagoon diturunkan kepada RM20 sahaja! Aku akan pergi 20hb Disember nanti.

Monday 29 October 2012

Dalam kenangan


Dalam kenangan. Semoga makhluk yang menemui mu, baik orangnya.

Kurang sihat

Demam dan selesema
Kenapa datang sekali
Sudahlah datang waktu raya
waktu kerja yang bertimbun
tak siap-siap
mampus!

Friday 26 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Source: Google image

Making memories

Locking our fingers
promising we'll be together forever
where are you now?

I love you yet
I have to forget you
my heart really hurts a lot.

My tears fall looking
at the image of you leaving
My tears fall because
of your leaving steps.

The person who
could once see my heart
that person who once loved me.

Unknowingly this
burning heart of mine
has gradually turned cold.

Because the years go by
your hair has turned grey
wrinkles now appear on your face
even if my love has frozen.

The person who
could once see my heart
that person who once loved me.

That person of mine.

Unknowingly this
burning heart of mine
has gradually turned cold.
Source: Google Image


Thursday 25 October 2012

Hate

I hate myself
for loving people
of my own kind.

I hate myself
when I feel the love
for the people I cannot
guilty surrounds.

I hate myself
when I try to love
the people I cannot
scared I feel.

I just fucking hate myself

Dear lord
I once prayed to you
take my life
when you still love me
I pray once again
end my suffering
in this fucking world.

For I will
meet you someday
why cannot I
meet you today?

I do not have
the courage to live
or the preparation to die
but if I have to choose
you know which of which.

Dear God,
hear my pray
heal me
or kill me.
Amin.

*I know this sounds crazy, but I am yet to be one. Just bit and pieces of what I feel.

Monday 22 October 2012

Cinta itu hakikat

Sejak azali
sudah diasuh pengasuh
untuk mencintai ibu bapa
keluarga
Pencipta.

Semakin lanjut usia
fikiran mulai matang
cinta itu turut berkembang.

Mulalah mencintai yang lain
orang, barang, binatang
masing-masing berbeza.

Cinta itu memang hakikat
tak mungkin tak ada
cuma cara dan apa
yang tidak serupa.

Masalah timbul
apabila cinta itu tak kena tempat
mungkin pada orang yang salah
mungkin pada tempat yang salah
mungkin juga dengan cara yang salah.

Pening dengan hakikatnya cinta
sakit kerana kuatnya cinta
tapi kerana ajaibnya cinta
halangan bagaikan tiada
hebatnya cinta.

Moga cinta kita
kepada Pencipta
lebih hebat dari cinta
kepada manusia.

Sunday 21 October 2012

Sebelum kupejam

Malam tadi
kami lepak-lepak
tak ingat dunia
sampai ke subuh.

Cerita, bincang, gosip
macam-macam
dosa pahala semua ada.

Dia tak pandang aku pun
aku bukan siapa-siapa.

Saturday 20 October 2012

Dasyat syaitan itu.

Setelah lama
baru dapat jumpa muka kawan-kawan
masing-masing jauh-jauh
musim cuti inilah
masa berkumpul.

Setelah lama
rindu menjadi-jadi
bagai nak ditatap mukanya
lama-lama.

Maka bermulalah
kerja Maha Syaitan itu
tatkala iman mulai menampakkan
tanda-tanda goyah.

Dihasutnya fikiran
bermain segala bagai
kotor!

Iman iman iman
aduh.

Nyah kau syaitan
tolonglah kau iman
tunduklah nafsu
aku merayu.

Friday 19 October 2012

Aku suka belog ini.

Aku suka belog ini
sebab orang tak kenal aku
orang tak kisah pasal aku.

Jadi aku boleh cerita semua
yang aku tak boleh cerita
pada semua.

Sekurang-kurangnya
aku tak terlalu berahsia
bukan?

Kecewa sahaja.

Baru tadi
panas lagi
mengantuk pun tak hilang
sebab nak lena pun tak senang.

Baru sampai rumah
bersedia untuk cuti raya.

Perjalanan gembira
tak ada yang sia-sia
tapi sebaik saja sampai
habis semua terburai.

Telefon Blackberry
yang baru aku beli
pakai tak sempat nak puas
hilang, jatuh dan diambil orang.

Mulanya sedih
sedih biasa
tak pula melebih-lebih.

Tenang sangat hati ini
aku anggap Allah
bagi ketenangan.

Kecewa hati ini
kerana aku tak tunaikan kewajiban
mungkin ini balasan
Allah.

Setiap satu yang berlaku
ada hikmahnya
dan kerana aku percaya itu
aku hanya kecewa.

Memang mahal
rugi dan sia-sia
tak guna.

Alhamdulillah
sebab Allah buka mata
untuk ingat Dia.

Ujian yang Dia bagi kepada umatnya
adalah kerana Dia rindu
nak dengar suara kita
meminta-minta kepadanya
aku bersyukur
kerana Allah masih rindukan aku.


Aku tak sedih
kerana hilang telefon dunia

aku hanya kecewa
kerana melupakan Allah seketika.

Friday 12 October 2012

Cuti dan Raya,

Minggu depan
tak lama lagi
cuti pertengahan
terus raya
Aidiladha.

Minggu depan juga
tak lama lagi
ujian pertengahan
terus kuiz
yang susah gila.

Selamat berjaya semua.