Friday 19 October 2012

Kecewa sahaja.

Baru tadi
panas lagi
mengantuk pun tak hilang
sebab nak lena pun tak senang.

Baru sampai rumah
bersedia untuk cuti raya.

Perjalanan gembira
tak ada yang sia-sia
tapi sebaik saja sampai
habis semua terburai.

Telefon Blackberry
yang baru aku beli
pakai tak sempat nak puas
hilang, jatuh dan diambil orang.

Mulanya sedih
sedih biasa
tak pula melebih-lebih.

Tenang sangat hati ini
aku anggap Allah
bagi ketenangan.

Kecewa hati ini
kerana aku tak tunaikan kewajiban
mungkin ini balasan
Allah.

Setiap satu yang berlaku
ada hikmahnya
dan kerana aku percaya itu
aku hanya kecewa.

Memang mahal
rugi dan sia-sia
tak guna.

Alhamdulillah
sebab Allah buka mata
untuk ingat Dia.

Ujian yang Dia bagi kepada umatnya
adalah kerana Dia rindu
nak dengar suara kita
meminta-minta kepadanya
aku bersyukur
kerana Allah masih rindukan aku.


Aku tak sedih
kerana hilang telefon dunia

aku hanya kecewa
kerana melupakan Allah seketika.

1 comment: