Thursday 27 September 2012

Senyap sibuk

Semester baru
habis sudah minggu ketiga.

Alhamdulillah
Semua pensyarah
ustaz, hebat-hebat belaka
selama ke kelas
tak pernah lagi
tersengguk-sengguk
mengantuk
kagum!

Tiada yang baru
cuma rakan-rakan bertambah
kelas bercambah
penat nak rebah
hidup nasib tak rebah.

Baru-baru ini
universiti mengundi
bergegar bumi
pilih calon sendiri.

Tapi sini ada isu
masalah apa pun tak tahu
yang pasti kena buang lagi
bila pula aku pun tak pasti.

Sudahlah
malas nak cakap.

Monday 17 September 2012

Typical dan Tipikal.

Typical Inggerisnya
tipikal (ada ke?) Melayunya
sama saja maksud kedua-duanya
kebiasaan, keselaluan. (??)

Banyak blog dunia maya
tulis panjang lebar
semua nak cerita
macam aku.

Tapi aku malu
tak nak orang tahu
siapa aku
tipikalkah?

Aku jalan-jalan blog (blog walking)
asyik-asyik blog wanita
tulis panjangnya, lebarnya
macam tak akan habis
tipikalkah?

Bosan sebenarnya
dengan ketipikalan
dunia maya ini
tapi aku fikir
kalau aku boleh
mereka pon boleh juga
mentipikalkan diri
menulis belog.

Satu lagi tipikaliti
aku nak beli blackberry
tipikalkah?


Tuesday 11 September 2012

Pening sekejap.

Ada cerita lawak
tapi memeningkan
berlaku pada aku.

Kelmarin mulalah semester baru
ramai muka baru
pelajar baru
segar bugar!

Aku tengah sembang
datang seorang mamat
tegur aku,
"Eh, Naim ke?"
"Erk, bukan" (sambil gelak kecil).

Aku sedang berjalan
ada orang lambai-lambai
hai bagai
siap bersalam
tapi tak pula aku ingat
siapa dia.

Aku tengah makan
ada orang lambai lagi
kali ini memang aku tahu
aku tak kenal dia.

Adakah aku yang terlupa mereka
atau aku ini pelanduk dua serupa?
Lawak tapi peninglah!


Saturday 8 September 2012

Rupa itu penting

Haritu terbaca satu blog
pasal ikhlasnya perkenalan
kerana rupa luaran atau
rupa dalaman.

Bagi aku
rupa itu penting
luaran dan dalaman
saling melengkapi.

Iya, aku kawan dengan yang kurang menarik
tapi sudah pasti ingin sangat berkawan
dengan yang cantik.

Namun tak bermaksud yang
kurang menarik itu aku ikhlas
yang cantik itu tidak
cumanya yang cantik itu
satu kelebihan
yang membuatkan orang senang.

Untuk aku pula
sejak berat bertambah
aku sedar diri dah makin tak cantik
orang pun kurang tertarik.

Kadang-kadang
jadi segan nak jumpa orang
sebab malu dengan diri sendiri.

Kadang-kadang
orang tanye siapa kawan
kacak katanya
sedih sebab tak pernah ditanya begitu.

Nak berdiri kat depan pun
aku tak berani
sebab rupa lagi.

Bagi aku
rupa itu penting
untuk keyakinan diri
agar tak jadi macam ini.

Terlalu mengambil berat pandangan orang, susah.

Wednesday 5 September 2012

Cuba lepas takuk yang lama

Dulu aku bijak
hensem, kacak
kurus, ramping
putih, bersih.

Aku fikir aku bijak macam dulu-dulu
tapi belajar hancur, sekarang.

Aku fikir aku kacak macam dulu-dulu
tapi tak ada pula yang hendak, sekarang.

Aku fikir aku kurus macam dulu-dulu
tapi berat naik mendadak, sekarang.

Aku fikir aku putih macam dulu-dulu
tapi makin gelap, sekarang.

Aku masih berpaut pada takuk lama
susah nak lepas yang dulu-dulu
kerana dulu semuanya bagus.

Sekarang tunggang langgang
punah ranah, pening.

Tapi dari aku fikir macam dulu-dulu
aku rasa baik aku teruskan yang sekarang
selesaikan yang tunggang langgang
yang punah ranah, yang pening itu.

Kemudian aku harap
boleh aku lepas takuk itu
dan cari yang baru
yang lebih kuat
yang lebih kukuh.

InsyaAllah, aku boleh.