Wednesday 28 November 2012

Alamak!

Lama aku tak update
ada habuklah
lepas entry ini
harap-harap hilang.

Nak kata sibuk
tidaklah juga
tapi sekarang tinggal sebulan
atau kurang
untuk semester aku berakhir.

Jadi,
segala bagai
assignment dan presentation
haruslah aku siapkan!

Minggu ini
hari ini
baru ada masa lapang.

Haritu
kepala aku berdenyut-denyut
stress teramat
assignment dan exam
punya hal!

Nasib baik tak mati
sempat update lagi,
Alamak!

Friday 16 November 2012

Learning

From now on
I will write in English
It is a process of learning,
hoping that my English will get better
one day, someday.

Source: Google image

Thursday 15 November 2012

Dream

I dreamed last night
everyone does
but not always.

Not a typical night
I dreamed.

It was weird
a bit intimidated
by my dream.

I married some random girl
whom I didn't know
my parent did.

We went somewhere
for the wedding
and honeymoon.

I was in a room
with my new bride
I don't even know her name
yet I have to sleep with her
marry her.

But things didn't happen
as it approached the end
truth revealed
she wasn't whom she was
she was a ghost
her whole family was.

Somewhat I was relieved
for not having to go through
my dream till the end
not because she's a ghost
but because of the marriage thing.

Even in my dream
I kept thinking
can I be with her
when I am 'like this'.

My worries
know no boundaries.

Source: Google image

Monday 12 November 2012

Pemeriksaan Kesihatan

Hari itu
ada pemeriksaan kesihatan
biasa-biasa sahaja
aku pergi.

Tekanan darah
Systolic:  112 mmHg
Diastolic:  63 mmHg
Pulse rate: 86 mmHg

Tekanan darah adalah normal, Alhamdulillah.

Blood sugar (Dextrostix)
6.1 mmol/l

Gula dalam darah juga normal bagi orang yang tidak berpuasa, Alhamdulillah lagi.

Cholesterol (accutrend strip)
4.1 mmol/l

Juga normal, malah lebih rendah dari orangorang yang kurus dari aku. Alhamdulillah sangat-sangat.

Tapi bila datangnya berat...

Body Mass Index Screening
Weight: 80.4 kg
Height:  172 cm
% Body Mass Index (WHO Index): 27.5
(Overweight: 25 - 30)

Sedih sangat!
Gemuk sangat!
Walaupun belum mencapai tahap obesity, tapi...
Tak apalah, janji dalam badan aku, sihat, Alhamdulillah.
Maka dengan ini, mulai hari ini,
aku akan mengamalkan 'diet nasi'.
Tiada nasi lagi, insyaAllah.

Dibawa kaki

Semalam aku rasa
sedih dan murung.
Memang kadangkala
jadinya begini.

Ialah
memikirkan aku
yang tak serupa
dengan yang lain
tertekan.

Lalu aku membiarkan kaki
membawa diri kemana sahaja
keluar memerhati
telatah manusia.

Pelbagai ragam
akhlaknya, pakaiannya,
rambutnya, dan
aku melihat barang yang dibeli
berjenama, wow! Kaya!
Aku terfikir sendiri.

Sekurang-kurangnya
inilah yang mampu
mengalih fikiran dari
memikirkan kemaslahatan diri
biarpun tidak mengubati
cukuplah sekadar tidak
melayani.

p/s: Kaki yang membawa diri, terbeli sepasang sandal baru.
Semoga musim hujan tidak merosakkan lagi sandal aku.

Sunday 11 November 2012

Sad Movie

Saya sarankan anda menonton Sad Movie.
Sila tonton di Youtube untuk paparan yang lebih besar.


Sekejap

Aku pergi mencari
bahagia sekejap
memang benar terasa
bahagia itu
dan memang benar juga
sekejap itu.

Yang sekejap
tak semuanya salah
yang kekal
tak semuanya benar.

Tapi yang aku cari
semestinya bukan keduanya
maka aku terima
biar sekejap sahaja.

Namun tak pupus pula
mencari bahagia
yang kekal.

Friday 9 November 2012

Hari-hari

Aku anak manja
hari-hari telefon ibu.

Saja
tanya khabar,
buat apa,
masak apa,
bual-bual kosong.

Rindu
masakan ibu,
kerisauan ibu.

Selamat hari lahir 'emak',
semoga Allah memberkati
memanjangkan umur
memurahkan rezeki
dan memberi kesenangan
di dunia dan di akhirat
Amin.

Ikhlas
adik.

Credit: Google Image

Thursday 8 November 2012

The Postcard

Aku suka cerita macam ini.


Susu

Bancuh
*keting*keting*keting*
[bunyi sudu dan cawan]

Hirup
*slurp*slurp*
Panas, hembus sikit
*fuhh*fuhh*
hirup lagi.

Minumlah Anlene
untuk tulang yang sihat dan kuat.

Pemeriksaan tulang
tulang lemah
matilah!

Wednesday 7 November 2012

Yang mana satu?

Aku runsing
pening.

Masalah diri aku
yang keliru ini
kadang-kadang datang
dengan seribu satu persoalan.

Solatmu, puasamu, ibadah-ibadahmu,
kenapa kamu melakukannya?
Katanya kerana suruhan agama.

Atau kerana,
kecil-kecil dahulu disuruh ayahmu,
ada ganjaran andai dibuat
atau ditinggalkan,
tidak begitu?

Dan bila dewasa,
ianya menjadi tabiat,
nak ditinggalkan rasa bersalah
atau kekok
tidak begitu?

Aku nak tahu
mana ikhlasnya dalam beribadah
tahan lamakah
kalau itu yang diamal?

Aku...

Tuesday 6 November 2012

Belajar tetapi tidak belajar.

Hujan lagi
sejuk.

Semalam
entah kenapa
seronok pula belajar.

Pensyarah
katanya maksud belajar itu
sesuatu yang membawa perubahan
sikap dan fizikal kepada diri.

[Otak itu berubah fizikalnya
apabila mencerna pengetahuan]

Kata pensyarah lagi
belajar namun tiada perubahan sikap
bermaksud tidak belajar
aku terkesima.

Renung-renung semula kebelakang
mana sikap ku yang berubah
sejak aku belajar ini?

Adakah bermaksud
aku tidak belajar selama ini?

Atau adakah bermaksud
aku belajar tetapi
tidak pula aku cerna
cakna.

Patutlah aku masih sama
mungkin sedikit tidak
rupanya aku tidak belajar.

Dengan izin Allah
dengan usaha aku
aku akan belajar
seterusnya.

Sunday 4 November 2012

...

Been quite busy
with assignments.

The place where I am belong
it rains every day
every evening
I have been bathing rain
cold, shivered
headache, fever.

Slept for almost 12 hours
last night
just because of
not feeling well.

I guess
it was God's reminder
reminding me
to remember Him

A slump in my throat
tears in my eyes.
Assalamualaikum.