Sunday 12 January 2014

Aku dan Si Gadis Bertudung Labuh, akhirnya. Part 1

Assalamualaikum, bagi yang belum pernah membaca kisah aku dan si gadis bertudung labuh ini, boehlah ke link-link ini, kiranya lagi seronok kalau dibaca dari mula. Dan aku akan menulis entry kali ini dalam Bahasa Melayu sebabnya dari mula aku tulis cerita ni dalam bahasa Melayu, baik sambung dengan bahasa yang sama. Part 1, part 2 & part 3.

Sepanjang musim peperiksaan akhir semester, aku dan si gadis bertudung labuh sering membalas tweet. Kami tidak pernah langsung bersua muka di dunia luar dari aplikasi ini, tetapi mesranya dalam membalas tweet bagai rakan yang telah lama berkenalan.

Mungkin dulu aku menjaga batas komunikasi aku dan gadis, walaupun hanya di alam maya. Tetapi sekarang tidak lagi. Ada sebab aku meninggalkan prinsip yang pernah aku pegang itu. Puncanya adalah Akim, rakan aku yang juga menyimpan perasaan pada gadis bertudung labuh itu.

"CB, beritahulah siape crush CB. Ambe curious sangat nak tahu. Dop focus nak blajar." rayu gadis melalui Whatsapp. "Tak boleh, ambe dopley beritahu kat Gadis, sebab nanti Gadis lagi tak boleh nak focus belajar pulak. InsyaAllah lepas gadis habis exam, ambe beritahu, boleh?" aku cuba mengelak soalan gadis.

Walaupun aku telah berjanji, namun gadis masih mendesak untuk aku memberitahu siapakah yang aku pernah suka itu. Gadis tahu aku sudah tidak lagi meminati crush aku. Sebelum ini, aku pernah mengemaskini status tweet tentang hilangnya minat aku pada crush misteri itu. Cekal gadis bertanyakan identiti crush misteri, lemah aku untuk menafikannya. Acapkali kami bertukar mesej di aplikasi Whatsapp, aku sering memberi 'hint'. Aku tahu dia tahu, dia juga seakan-akan tahu, tapi masing-masing berpura-pura .

"Sebenarnya, segala perihal Gadis yang ambe tahu, datangnya dari rakan ambe." bicara aku di suatu malam. "Habis, siapa yang beritahu CB?" soalnya. "Ambe pernah beritahu kan, ambe dah tak minat crush ambe. Semuanya sebab seorang rakan ambe menyimpan perasaan kepada crush tersebut.Dialah yang selalu ambil tahu tentang perihal Gadis dan memberitahu ambe. Ambe hanyalah menyampaikan kepada Gadis sahaja." aku cuba untuk jelaskan kepada gadis mengenai bagaimana aku boleh mengetahui begitu banyak hal-hal peribadi dia. Kami terdiam, tiada siapa pun yang meneruskan perbualan di Whatsapp itu.

"Habis tu, siape crush CB sebenarnya?" walaupun hanya melalui penulisan, aku dapat merasakan sedikit ketegangan dari soalan itu. "Oh, ambe belum beritahu lagi?"aku berpura-pura terlupa. "Hhmmm... Gadis crush ambe sebenarnya."

Berambung...

2 comments: