Sunday 18 May 2014

Hypocrite

[Short post]

Being among straight friends, and at this age, our topics are mostly about girls and marriage. How to tell a girl you like her, how to make a move on a girl, what kind of girl we like, when are we getting married etc.

I could hardly answer any of these questions, especially when one asks question about how to make the first move. "I don't like girls!" I screamed inside this head of mine.

I feel I am deceiving everyone, including myself.
I am a hypocrite, that is what I am feeling right now.
And this does not feel good.

Wednesday 14 May 2014

Hari Ini Aku Tahu

Tidak pulang ke kampung halaman bermaksud tidak dapat berjumpa dengan Inchik S.
Sepanjang keberadaan kami di tempat masing-masing, tidak pula aku berasa sedih. Sedih dipisahkan atau sedih tidak bertemu, tidak.

Harini hadirnya Inchik S ke kota metropolitan Kuala Lumpur atas sebab pekerjaan, aku menawarkan diri menjadi peneman penunjuk jalan serta hiburan.

Sedar-sedar sahaja, perasan resah mulai muncul. Aku resah dengan perasaan aku terhadap dia, resah tentang ketidak capaian aku terhadap dia dan resah kerana aku berasa resah. Aku tahu, resah ini tidaj harus wujud.

Sepanjang masa, aku ukirkan senyuman. Dia tetamu aku, haruslah aku berikan layanan sehabis baik. Malah, sudah beberapa bulan tidak kami berjumpa.

Hari ini aku sudah tahu, punca sedih aku, punca resah aku. Aku tidak dapat memiliki dia sebagaimana yang aku mahu, maka itu aku resah. Kecewa aku yang teramat kuat meruntum perasaan aku. Hari ini aku sedar, patutnya sudah lama aku buang perasaan sebegini rupa. Bukan sebab aku resah, sebab ianya memang salah.

Susah, tapi aku akan cuba. Selamat tinggal, rasa hati.

Inchik S.

Wednesday 7 May 2014

Hanya mengetahui tanpa memahami.

Sudah ada beberapa entiti yang mengetahui aku siapa.
Pilihan aku yang bagaimana. Ya, mereka tahu.

Bila berada dengan mereka, aku tak lagi perlu berpura-pura.
Sengihlah seluas mana pun, mereka tidak lagi hairan, mahu juga tertanya.
Kerana mereka tahu.

Tapi, bukan aku tidak bersyukur. Ya mereka tahu.
Tapi tahu mereka sekadar tahu. Tahu apa yang aku mahu.
Tapi tahu mereka sekadar tahu. Ya, sekadar tahu.

Mereka tak langsung memahami, mahupun mencuba.
Tak langsung bertanya, mahupun curiga.

Bukan aku tidak bersyukur,
aku hanya perlu yang memahami.

Allah kan ada.
Bicara aku sendiri, terdiam.

Tuesday 6 May 2014

Apa khabar?

Serius, dah lama tidak pulang ke kampung. Rindu emak ayah, kakak, rumah, katil, bantal busuk, kucing-kucing, rindu semuanya.

Tapi, dalam kerinduan itu, kadang-kadang terindu juga Inchik S.

Lama tak bertegur sapa, bersua muka. Rindu gigi besinya, rindu kurus keringnya, rindu lawak hambarnya rindu dia.

Harap-harap semua sihat. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, akan pulang ke kampung Jumaat hadapan. Nak jumpa semua, tegur-tegur, pura-pura bahagia. Semoga semua sihat dan dipermudahkan.

Monday 5 May 2014

Faris

Faris.

Aku mulai kenal dia melalui aktiviti kelab yang kami sering terlibat.
Orangnya kurus, tingginya sejengkal, rupanya sekacak Nasir Bilal Khan. Fizikalnya memang boleh melawan mana-mana ahli bina badan. Tegap berketak-ketak. Tidak, aku tak suka dia. Kagum, mungkin.

"Berkawanlah dengan kawan yang mana persahabatan itu membawa kepada tuhan."

Walaupun mulutnya tak lepas dari menyebut 'babi', seperti itu satu kebiasaan. Sikapnya yang sentiasa ingat tuhan mengkagumkan aku! Serius.

"CB, pukul berapa sekarang? Jom cari surau." "Apa yang berlaku tetap akan berlaku, tak mungkin untuk kita minta diputar semula masa. Berdoalah untuk ketabahan sebaliknya."

Ya, itulah antara yang diucapkan Faris kepada aku. Hah, tak sangka. Sungguh. Kalau lihat rupa dia, memang langsung tak muka membawa ke syurga, tapi itulah, isi di dalam tak siapa yang tahu.

Kami tak selalu meluangkan masa bersama, tapi bila berdua dengan dia, aku jadi suka. Dia mendekatkan aku kepada pencipta. Alhamdulillah.