Wednesday 7 May 2014

Hanya mengetahui tanpa memahami.

Sudah ada beberapa entiti yang mengetahui aku siapa.
Pilihan aku yang bagaimana. Ya, mereka tahu.

Bila berada dengan mereka, aku tak lagi perlu berpura-pura.
Sengihlah seluas mana pun, mereka tidak lagi hairan, mahu juga tertanya.
Kerana mereka tahu.

Tapi, bukan aku tidak bersyukur. Ya mereka tahu.
Tapi tahu mereka sekadar tahu. Tahu apa yang aku mahu.
Tapi tahu mereka sekadar tahu. Ya, sekadar tahu.

Mereka tak langsung memahami, mahupun mencuba.
Tak langsung bertanya, mahupun curiga.

Bukan aku tidak bersyukur,
aku hanya perlu yang memahami.

Allah kan ada.
Bicara aku sendiri, terdiam.

No comments:

Post a Comment