Wednesday 14 May 2014

Hari Ini Aku Tahu

Tidak pulang ke kampung halaman bermaksud tidak dapat berjumpa dengan Inchik S.
Sepanjang keberadaan kami di tempat masing-masing, tidak pula aku berasa sedih. Sedih dipisahkan atau sedih tidak bertemu, tidak.

Harini hadirnya Inchik S ke kota metropolitan Kuala Lumpur atas sebab pekerjaan, aku menawarkan diri menjadi peneman penunjuk jalan serta hiburan.

Sedar-sedar sahaja, perasan resah mulai muncul. Aku resah dengan perasaan aku terhadap dia, resah tentang ketidak capaian aku terhadap dia dan resah kerana aku berasa resah. Aku tahu, resah ini tidaj harus wujud.

Sepanjang masa, aku ukirkan senyuman. Dia tetamu aku, haruslah aku berikan layanan sehabis baik. Malah, sudah beberapa bulan tidak kami berjumpa.

Hari ini aku sudah tahu, punca sedih aku, punca resah aku. Aku tidak dapat memiliki dia sebagaimana yang aku mahu, maka itu aku resah. Kecewa aku yang teramat kuat meruntum perasaan aku. Hari ini aku sedar, patutnya sudah lama aku buang perasaan sebegini rupa. Bukan sebab aku resah, sebab ianya memang salah.

Susah, tapi aku akan cuba. Selamat tinggal, rasa hati.

Inchik S.

1 comment:

  1. I know the feel u r feeling. Pull urself together. Just walk. When it is gone. Come back to him as a friend.

    ReplyDelete