Monday 30 June 2014

1 Ramadhan 1435 (Ahad)

Sepanjang zaman degree, ini pertama kali aku berpuasa di kampus. Sebelum-sebelum ini, aku dirumah. Cuti 3 bulan yang dieksploitasi dengan tidur yang sebanyak mungkin juga aktiviti memenuhkan mulut setiap masa (kecuali bulan puasa).

Kali ini, pertama kali aku berada di kampus menyambut Ramadhan Kareem.

Sedih sangat. Kenapa?
Berbuka seorang diri di dalam bilik tanpa seorang pun teman. Bukannya aku tak punya kawan, tapi malas untuk ke bilik rakan-rakan, tak kenal roommate mereka dan sebagainya adalah alasan aku berbuka di bilik seorang diri.

Perasaan sewaktu berbuka tadi, sunyi, forever alone.

Teringat sewaktu zaman asasi. Ya Allah, gembira sangat waktu tu. Bazaar Ramadhan hanyalah sedepa dari kampus. Itu pun kalau terpaksa berbuka di kampus. Kalau di kolej, betul-betul sebelah dinding kolej kami. Makanan yang selalu aku beli, aku ingat lagi, Nasi Ambang atau Nasi Kerabu. Sedap yang amat!

Bilik aku meriahnya tak ingat dunia. Tak perlu kami ke kedai, ke tempat hiburan atau sebagainya. Lebih selesa berbuka di bilik bersama rakan-rakan. Ahli bilik semuanya 6 orang, ditambah pula rakan-rakan bilik lain yang tumpang sekaki memeriahkan waktu berbuka. Sepanjang Ramadhan, ahli forum yang sama ramai, sama meriah berjaya kami kekalkan. Seronok.

Cara kami bergembira sedikit jelik. Menganjing masing-masing ahli forum. Tak payah nak terasa hati sangat, sebab kami tahu semua sekadar melawak. Masing-masing ketawa sesama sendiri. Ambil peluang yang ada untuk balas dendam, dan sambung ketawa lagi. Kuat gila kalau sekali kami mula ketawa, sumpah!

Ahhh, rindu zaman asasi. Tapi, tak tahulah apa jadi. Tamat zaman asasi, masing-masing ke institusi pelajaran tinggi yang berlainan, atau bertukar ke kos yang lain sekalipun di tempat yang sama. Kami mulai renggang.

Apa pun, aku gembira kerana pernah ada memori itu. InsyaAllah, hari ini nak cuba berbuka di masjid. Mungkin suasananya lain dan mungkin membawa sesuatu yang lain juga. Selamat berpuasa para pembaca. Selamat juga menyambut Ramadhan Kareem.

Saturday 28 June 2014

Ramadhan 1435

Ramadhan datang lagi.

Jangan tinggal puasa dan banyakkan bersabar. Cuaca yang panas ni memang akan menguji kita. InsyaAllah besar lagi ganjaran yang akan kita dapat.


Sunday 22 June 2014

Belanja

Aku pernah janji untuk cuba membuang perasaan terhadap Inchik S. Susahnya untuk sekadar mencuba.

Sepanjang semester lepas, aku jarang sekali berjumpa Inchik S. Maka setelah cuti semester aku bermula, sepatutnya kami dapat berjumpa dengan kerap seperti sebelum-seelumnya. Tapi oleh kerana Inchik S sudah bekerja di sebuah bank, kawan-kawan yang lain juga sibuk dengan ekerjaan masing-masing, dalam tempoh cuti dua minggu aku hanya 4 kali sahaja kami berjumpa. Itu pun sekadar melepak sekejap di gerai Char Kuey Teow sepertimana kebiasaan.

Namun, kali keempat kami berjumpa, sehari sebelum aku pulang ke universiti, kami hanya keluar berdua. Aku yang ajak. Jumaat (20/6/2014) dia baru pulang dari kerja dan mengadu kelaparan serta kebosanan. Aku yang sedang berjumpa rakan yang lain ketika itu segera menghubungi Inchik S sebaik aku pulang. Aku pergi menjemput dia.

Agak lama kami berborak kosong. Tiada topik tertentu. Jam lewat menunjukkan 12 malam, aku mulai mengantuk. Lalu diajaknya pulang. Dia tidak memberi respon. Entah, mungkin tak dengar agaknya. Terus sahaja kami berbual. Bayangkan betapa aku harus mengawal perasaan, mengawal mataku dari selalu memandang dia, mengawal tangan dari selalu membuat lawak yang memerlukan sentuhan. Hah, sempaat lagi mengambil kesempatan.

Lewat sehingga 1 pagi, akhirnya aku yang tak dapat lagi menahan mata dari terlelap terus mengajaknya pulang sekali lagi. Kami bergerak ke kaunter bayaran. Selalunya kami akan bayar asing-asing, maklumlah pelajar. Inchik S pun baru sahaja bekerja. Tetapi kali ini, terus sahaja dia bayarkan semua sekali tanpa berkata apa-apa. Tersenyum lebar aku ketika itu. 

Berat hati untuk menghantar Inchik S pulang, lalu aku membuat beberapa pusingan di taman dia. Inchik S juga tidak membantah. 

Sedih sebenarnya. Mengapa harus aku berasa begini pada seorang lelaki, lelaki yang tidak langsung menunjukkan minat kepada aku. Sedih tapi itulah yang harus dihadapi. 

Sunday 15 June 2014

Someone sees beneath my beautiful, please.


The lyrics, ahhh, how I wish someone could say these to me. One of many wishes I wish but almost impossible to be true.

Friday 13 June 2014

Who knows?


How I wish.

Criteria for a major depression episode

For most of the time during a two week period, a person experiences at least five of the following criteria. He or she must experience a change from previous functioning (at least one of the first two symptoms must be present), and all but suicidality must be present nearly every day.


  • depressed mood most of the day
  • markedly diminished interest of pleasure in all or most daily activities
  • significant weight lost or unusual increase or decrease in appetite
  • insomnia or hypersomnia
  • psychomotor agitation or retardation observable by others
  • fatigue or loss of energy
  • feelings of worthlessness or excessive or inappropriate guilt
  • difficulty maintaining concentration or making decisions
  • recurrent thoughts of death or having suicidal thoughts, plans, or attempts
The symptoms are not attributable to a medical condition or use of a substance.
The symptoms cause significant distress or impairment.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sumber di atas datangnya dari buku teks Abnormal Psychology, salah satu subjek yang di ambil oleh pelajar-pelajar jurusan Psychology. Aku bukan dari jurusan ini. Mungkin takdir untuk aku terJUMPA dan terBACA fakta tentang episode kemurungan. Ya, malangnya, aku mengalami semua symptoms yang telah digariskan di dalam buku tersebut.

Walaupun simtom-simtom tersebut tidak berterusan, kekerapan ia berlaku membuatkan aku bersangka ianya adalah normal, biasa. Andaian aku ternyata salah. 

"Recurrent thoughts of death or having suicidal thoughts, plans, or attempts."

Acapkali dalam solatku, atau doa-doaku, aku memohon agar Tuhan mematikan saja jiwa berdosa ini. Mengapa perlu aku terus hidup dalam dosa ini, kerana aku tahu amat susah malah mungkin tidak untuk aku keluar dari kehidupan hina ini.

Matikanlah aku. Aku penat dengan perasaan bersalah, perasaan berdosa. Tapi tetap sukar untuk berhenti. Matikanlah aku Ya Allah. Aku tahu banyak dosaku, tapi dari aku terus hidup sebegini rupa, biarlah cuma setakat ini. Aku dah serik. Aku dah tak mahu, Ya Allah.

Itulah doaku. Aku fikir biasa sahaja untuk sentiasa berfikir begitu. Fikir mati dari hidup. Rupanya tidak.

Pernah juga aku terfikir, bertuah pesakit-pesakit kanser, pengidap-pengidap HIV, pesalah-pesalah bakal hukuman gantung, sesungguh Allah telah memberikan amaran yang nyata. Mereka telah tahu terlebih dahulu kemungkinan kematian mereka. Mereka diberi amaran. Mereka harus dan sempat untuk bertaubat. Berhenti dari dunia hina yang mungkin mereka berada di dalamnya. Masih sempat untuk berlari keluar. Tapi aku? Aku cemburu kepada mereka. Maka aku minta dimatikan sahaja.

Aku penat.


Thursday 12 June 2014

Morning rain, Khamis (12/6/14)


Though I live,
it is not I am really living,
In this world,
it is like a window-less prison.

Though I laugh,
it is not I am really laughing,
That I look shabby,
as if I am crying.

Whom I love,
I couldn't say it,
I couldn't even show it.

I regret everything,
in the moment I fell asleep.

As I live,
As I live,
and become tired,
due the sadness I caused.

As I cry,
As I cry,
and become exhausted,
When it happens,
whom Should I think of,
even foe once?

I will laugh because I am force to laugh,
I will live because I am forced to live.

None is by my side,
I end up crying.

As I burn
As I burn,
and some still remain,
I burn everything,
until I am satisfied

As I live.

Wednesday 11 June 2014

Tuesday 10 June 2014

Dua hari yang sibuk



 Peperiksaan terkahir untuk semester ini.



 Pulang ke kampung, ayuh!





Saturday 7 June 2014

Sabtu (7/6/14)

Bangun lewat, makan tengahari yang sangat lewat. Kemudian pergi mencari kelas kosong untuk melepak sambil streaming variety show korea. Ya, walaupun esok kertas peperiksaan terakhir untuk sem ini.