Monday 30 June 2014

1 Ramadhan 1435 (Ahad)

Sepanjang zaman degree, ini pertama kali aku berpuasa di kampus. Sebelum-sebelum ini, aku dirumah. Cuti 3 bulan yang dieksploitasi dengan tidur yang sebanyak mungkin juga aktiviti memenuhkan mulut setiap masa (kecuali bulan puasa).

Kali ini, pertama kali aku berada di kampus menyambut Ramadhan Kareem.

Sedih sangat. Kenapa?
Berbuka seorang diri di dalam bilik tanpa seorang pun teman. Bukannya aku tak punya kawan, tapi malas untuk ke bilik rakan-rakan, tak kenal roommate mereka dan sebagainya adalah alasan aku berbuka di bilik seorang diri.

Perasaan sewaktu berbuka tadi, sunyi, forever alone.

Teringat sewaktu zaman asasi. Ya Allah, gembira sangat waktu tu. Bazaar Ramadhan hanyalah sedepa dari kampus. Itu pun kalau terpaksa berbuka di kampus. Kalau di kolej, betul-betul sebelah dinding kolej kami. Makanan yang selalu aku beli, aku ingat lagi, Nasi Ambang atau Nasi Kerabu. Sedap yang amat!

Bilik aku meriahnya tak ingat dunia. Tak perlu kami ke kedai, ke tempat hiburan atau sebagainya. Lebih selesa berbuka di bilik bersama rakan-rakan. Ahli bilik semuanya 6 orang, ditambah pula rakan-rakan bilik lain yang tumpang sekaki memeriahkan waktu berbuka. Sepanjang Ramadhan, ahli forum yang sama ramai, sama meriah berjaya kami kekalkan. Seronok.

Cara kami bergembira sedikit jelik. Menganjing masing-masing ahli forum. Tak payah nak terasa hati sangat, sebab kami tahu semua sekadar melawak. Masing-masing ketawa sesama sendiri. Ambil peluang yang ada untuk balas dendam, dan sambung ketawa lagi. Kuat gila kalau sekali kami mula ketawa, sumpah!

Ahhh, rindu zaman asasi. Tapi, tak tahulah apa jadi. Tamat zaman asasi, masing-masing ke institusi pelajaran tinggi yang berlainan, atau bertukar ke kos yang lain sekalipun di tempat yang sama. Kami mulai renggang.

Apa pun, aku gembira kerana pernah ada memori itu. InsyaAllah, hari ini nak cuba berbuka di masjid. Mungkin suasananya lain dan mungkin membawa sesuatu yang lain juga. Selamat berpuasa para pembaca. Selamat juga menyambut Ramadhan Kareem.

2 comments:

  1. aku pon sempay puasa kat kolej satu sem je.....

    ReplyDelete
  2. move on bro.. haha.. perjalanan hidup masih jauh.. then dari situ kita belajar dri pengalaman..
    jgn terus mnyepikan diri.. pergi je lepak skali dgn mmber, buat friendly sket.. dunia belajar dunia mengenal manusia dan dunia.. ;)

    mana tau kot2 nnt tersangkut.. hahaa

    ReplyDelete