Saturday 2 August 2014

He rubbed it on my face.

"Esok wayang jom?"
"Esok aku nak keluar dengan cenggey (girlfriend) aku. Tapi nak follow boleh je."
"Cenggey tu siapa?" Belum faham maksud 'cenggey' tersebut.
"Cenggey aku la, nak follow jom."
"Awek kau ke?"
"Habis tu?"
"Ouh, tak apalah. Haha."
"Aku kenal perempuan tu je. Dia okay je kalau kau ikut sekali."
"Tak apalah, aku tak okay."
"Nak follow jom. Dah banyak kali dah aku pelawa."
"Tak nak."
"Betul tak nak ni? Aku nak belanja kau lagi. Haritu serius sangat suruh aku belanja."

Perbualan whatsapp aku dan Inchik S petang tadi. Sedih, ya, jujur aku cakap aku hampir menangis. Mata mulai berlinang dengan air mata. Aku tahan, tak mahu pipi aku basah kerana dia. Entah, mungkin kerana cemburu buta, cemburu yang sia-sia. Dia bukan milik aku, tapi aku berlagak seperti aku yang punya.

Petang itu juga aku keluar dengan keluarga aku. Mood memang langsung serba tak kena. Perjalanan ke destinasi bersama keluarga aku hamburkan kata-kata kutukan kepada pengguna jalan raya yang lain. Aku berasa marah. Riak muka aku memang berubah masam. Aku sedar dan cuba untuk mengubahnya, namun gagal. Sungguh aku terkesan dengan ajakan Inchik S untuk temankan dia keluarkan bersama 'cenggey'nya.

Malam itu selepas pulang ke rumah, aku terus menghidupkan enjin kereta dan menuju ke gerai tomyam. Cadangan ingin sekadar melepak. Rakan-rakan lain turut bersama-sama. 

Sekali lagi Inchik S tidak berhenti mengajak aku agar menemani dia. Aku sekali lagi terasa seperti sengaja di permainkan. Sedih dan marah, seperti dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk.

Aku tak mahu ikut, tak mahu melihat perempuan itu, aku cemburu. Takut aku termarah, tidak pun ter-menangis. Tak, aku tak mahu. Aku sedih. Kenapa dia bukan aku yang punya?



Video ini aku tahu dari blog Annas Yusry. Aku harap kisah aku tak seperti ini. Aku sedih.

4 comments:

  1. lek ah.. xde untummgnye tunggu encik S... banyak lagi Mr A to Z yang lain.... hahahhaha

    jangan sedih kay

    ReplyDelete
  2. Sabar awk.Kalau sy la,sy mmg akn cuba buang rasa syg even pahit..serious,sy rs ramai ade prasaan mcm tu cuma mereka boleh pilih sama ada nk teros hanyut atau tak,Sy dlu hanyut dgn perasaan sndiri sehingga everything sy buat must be because of him..tp satu benda yg sy pgg dr dulu jgn letak harapan.Jgn letak harapan pd benda yg kita sendiri tak pasti hujungnya..even dia approach kita treat us like someone special..i will always say no and no.Sbb kita tahu mcm mana every relationship always end...
    maaf kalau sy menyingungkan perasaan awk..sy doakn awk jumpa psangan terbaik dalam hidup :)

    ReplyDelete
  3. My ex-crush xpernah pon nak bwk i jumpa gf dia even dorg dh lebih setahun kenal2. Why ex-crush? Sbb i dh malas nak treat dia special with special feeling. Kami still lagi kawan. Dulu kami rapat sangat smpai ada yg menyakat kami ni couple. Dia ade je cerita mula2 dia kenal gf dia tu. Lepas dia couple, dia dh kurg lepak2 ngan i dah. I pon move on la. I akan lebihkan kwn2 i yg lain dr dia if ada ajak lepak. I hope u bole move on sbb nnt u akan terus terluka dgn perasaan u. Spend more time with your friends n buddies compare to him.

    ReplyDelete