Thursday 28 August 2014

Kesedihan melampaui kegembiraan

Assalamualaikum.

Cukup tersiksa dengan signal yang diberikan Inchik S. Sungguh!
Terkadang aku menangis dalam solat, mengapa berat betul dugaan yang Tuhan berikan. Susah.

Aku dan Inchik S memang rapat, tak perlulah diceritakan lagi. Baru-baru ini kami ke Perlis atas urusan yang perlu diselesaikan Inchik S, aku diajak menemaninya. Urusan tersebut sekejap sahaja, masa yang selebihnya dihabiskan dengan berjalan-jalan. Ahhh, romantiknya. (Syok sendiri)

Mulai dari situ hati aku, iman aku, banyak jugak digoyang-goyang, macam ribut.

Dua hari lepas, aku mengajak pula Inchik S untuk keluar pada hari Sabtu akan datang. Bukanlah niat aku untuk sekadar berdua, tapi disebabkan rakan-rakan kami yang lain kebanyakkannya sibuk, jadi aku tak langsung sebut tentang mereka. Biasanya, mereka akan bermain futsal setiap Sabtu, malah mereka juga rancang untuk mengadakan BBQ pada Sabtu ini.

Melalui group Whatsapp aku dan rakan-rakan, entah kenapa Inchik S menyuruh yang lain menundakan rancangan mereka ke hari Ahad, katanya beliau ada rancangan. Dia tak belum lagi memberikan kata putus untuk keluar bersama aku, jadi aku andaikan dia memang betul ada rancangan dengan cenggeynya (awek). Hancur hati aku, tak dapat keluar berjalan-jalan dengannya.

Tadi, aku dan Inchik S sahaja, kami berdua keluar untuk makan malam. Kemudian dia  memberitahu tentang permintaannya agar rakan-rakan yang lain agar menundakan perancangan ke hari Ahad. Malah disuruhnya mereka membuat OT bagi yang bekerja, semuanya agar kami dapat keluar berdua. Reaksi aku, berbunga-bunga di dalam hati. Padahal, tak pernah pula aku menyatakan yang kami hanya keluar berdua.

Pada masa yang sama, aku keliru. 

"Apa yang kau nak dari aku?"
"Kau jangan main-main, aku dah cukup terseksa sekarang."

Aku sedar kami serupa fizikalnya. Aku sedar setakat mana batasan aku. Itulah yang membuatkan aku kembali sedih. Agamalah yang menetapkan garis panduan kehidupan tatkala hati tidak lagi bertindak waras. Aku harap jasad ini tidak terikut kata hati. Kerana sekali saja aku melangkah ke arah itu, maka akan hancurlah apa yang ada sekarang.

Kesedihan melampaui kegembiraan.


1 comment: