Tuesday 28 July 2015

Amputated

Last night, I slept after Maghrib prayer and woke up to a call from Inchik S at around 2 a.m.

"Didn't you read my whatsapp?"
"Nope, I was asleep and woke up thanks to you."
"Farid got into an accident. His leg was amputated."

I had no response to that, dumbfounded I was. In a blink of an eye, a pass of a second, a person's life change.

"I don't know, man. I have no words for him except how sorry and bad I am for him. The sympathy we feel is not the same as the burden he is carrying. Really."

We ended our call and continue to chat through whatsapp messenger.

I was worried. Inchik S also goes to work riding his motorcycle. He lives in the mainland of Penang commuting everyday, crossing the bridge to get to his bank where he works at the Island part of Penang. It is indeed very far. Even before I came back to KL, he was telling me how he almost got into an accident.

"Please be extra careful. Buy a car, please. It's not that you couldn't afford it."
"Haha, if things are meant to happen, it happens."
"Amboi, senangnya cakap. Benda tak jadi kat hang boleh la."

I was furious of course. He didn't know. He never felt the pain of being sick, of taking care of sick people, of being unable to be true to oneself, of being not good enough. He is oblivious.

I could only wish Farid to be healthy again, to not lose hope and have faith. There is always a silver lining behind every cloud. I wish Inchik S the same too.

Monday 27 July 2015

27/7/15

Niat aku satu saja, nak cari orang yang aku suka dan suka aku kembali.

Aku pergi clubbing, gay sauna, online gay apps, tapi aku perasan semuanya lebih kepada memuaskan nafsu sahaja. Apa yang aku nak, walaupun 'mencari' dah lama, masih tak jumpa-jumpa.

Jadi, aku nak tinggal semua. Biarlah, kalau ada jodoh, datanglah ia. Cuma lambat atau cepat dan bagaimana caranya aku tak tahu.

By the way, kalaulah Inchik S baca blog aku (dia tak mungkin baca sebab dia tak tahu), aku nak berterima kasih sebab masih berkawan dengan aku, sebab langsung tak awkward dengan aku, sebab masih melayan karenah aku yang gila-gila ni walaupun kau dah tahu siapa aku, walaupun aku dengan tak malunya cakap suka kau dan sebagainya. Terima kasih.

"I can like thousands but I only love you."

Tuesday 14 July 2015

Doa untuk emak

Selepas hampir 5 bulan setelah pemergian Emak, baru hari ini aku mimpikan beliau. Ya Allah, rindunya aku kepada emak kuat sungguh.

Emak berbaring mengiring, keadaanya masih sakit. Tapi, tubuhnya tidak  menunjukkan seperti beliau sedang menderita. Aku lihat beliau keadaannya seakan sihat. Air mukanya kelihatan normal, tidak seperti dulu yang selalu menahan kesakitan.

Aku pula berbaring di sebelah beliau sambal memandang ke arahnya. Tanganku mengusap-usap rambut beliau dengan lembut, dengan penuh kasih sayang, dengan penuh kerinduan.
“Kali ni adik pula jaga mak sampai mak mati tau.”

Tatkala terjaga dari tidur, deraian air mata mulai menitis dengan perlahan. Aku teringat kata-kata emak tadi. Walau apa jua maksudnya, aku rindu betul dengan emak.

Dulu, ustaz dari sekolah agama yang aku hadiri sewaktu sekolah rendah pernah menghadiahkan aku doa ibu bapa terhadap anak-anak. Aku ambil dan beri pada emak. Sejak daripada itu, sehingga akhir hayat beliau, tiap kali selepas bersalaman dan mencium pipi emak, pasti emak akan membacakan doa tersebut dan mengusap kepala kami adik beradik.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan ibuku di sana. Kau ampunilah dosa-dosa ibu. Kau ringankanlah beban-beban ibuku sesungguhnya beliau seorang yang lemah. Ya Allah, Kau jauhkanlah seksaan kubur dari ibuku dan jauhkanlah ibuku dari azab api nerakan. Ya Allah, Kau tempatkanlah ibuku dalam golongan orang-orang yang beriman dan kau tempatkanlah beliau di dalam syurga mu yang tertinggi. Amin."

This raya will not be the same ever again. Adik sayang emak.