Tuesday 1 September 2015

Berbagi cinta

Aku sentiasa ada satu pegangan, tidak menceritakan mimpi aku kepada orang lain terutamanya mimpi buruk. Tapi malam semalam, aku tak tahu sama ada ianya mimpu buruk atau sekadar mimpi. Yang pasti, ianya bukanlah enak.

Saat terjaga dari lena, aku sedang menangis, tersedu-sedan malah. Aku termimpikan saat aku menyimpan arwah Emak kembali ke tempat asal manusia. Memang sedih yang amat.

Sebenarnya, aku selalu rasa bersalah kerana terlalu memikirkan Inchik S lebih dari arwah Emak. Lagi-lagi semalam, perasaan suka dan bersalah itu bercampur baur. Walaupun Emak sentiasa aku fikirkan, Inchik S juga tak lekang dari fikiran. Nah, malam tadi membuktikan betapa aku tertekan dengan perasaan sendiri.

Manusia itu sayang banyak sekali. Mungkin sampai boleh berbagi-bagi, mungkin. I love them both, I truly am.

1 comment: