Tuesday 29 March 2016

Ex

Post ini ditujukan khas untuk Sharky.

Tadi di Twitter, Sharky ada tanya berapa ex lovers yang followers dia ada. Aku pun reply, 1. Dan dia reply balik, S ke? Terus aku taknak sambung dah conversation tu kat Twitter. It's my real account and my ex's friends pun ada ramai yang follow aku.

Ceritanya begini, kebetulan ex aku yang the one and only tu pun bermula dengan S jugak. Memanglah aku gabra bila Sharky just mention S, nanti terperasan pulak ex aku, atau kawan-kawan dia yang lain. Sorry, not into you anymore. Dah lama tinggal, kan.

Aku tak anggap langsung Inchik S sebagai ex, sebab bagi aku ex adalah bila kita couple dengan seseorang tu officially. Since aku dengan dia memang tak pernah couple, cuma di-friendzone-kan sahaja, memang dia akan kekal sebagai KAWAN dan bukan ex.

Untuk pengetahuan korang, ex aku yang S juga ni actually adalah seorang wanita. HAHAHA, yes, dia seorang wanita yang mempunyai vagina, buah dada dan lain-lain ciri keperempuanan asli yang sepatutnya ada. Aku kenal dia sewaktu zaman asasi. Kitorang bermula sebagai kawan rapat. Memang rapatlah. Selalu keluar makan bersama, cerita masalah, mesej tak berhenti, mana tak dia jatuh hati kat aku.

Kenapa aku kata dia jatuh hati kat aku? Sebab dia yang confess. Siap tulis blog untuk aku. Aku tahu pun bila kawan-kawan dia mesej and call aku out of sudden.

"Zacky, cuba tengok blog S. Dia ada tulis pasal kau."
"Zacky, S suka kau lah. Pergi la slowtalk dengan dia."

Tak, aku bukan nak memperkecilkan dia atau nak membangga yang aku ni hebat ke apa. Cumanya, aku pernah beritahu kan dalam post sebelum ni, zaman 2010 ke atas adalah zaman di mana aku masih dalam "DENIAL", zaman aku masih keliru. Bila ada awek suka aku, aku jadi serba salah dan bertambah KELIRU. Bodohnya aku pergi pulak terima dia sebagai girlfriend. WTF!

Tapi hubungan kitorang tak tahan lama. Aku mula rasa bersalah, rasa tak selesa. Aku taknak menipu dia, dan paling penting aku tak nak tipu diri sendiri. Aku tak sanggup nak pura-pura suka perempuan, tekanan aku waktu tu memang di tahap 99 peratus. Selepas hanya hampir tiga bulan, aku minta putus. Menangis-nangis jugak la dia. Tapi aku cakap, lebih baik dari awal aku putuskan hubungan ni dari terus menjadi penipu. Biar luka sekarang, dan mungkin hanya sekadar calar. Jangan luka bila dah lama dan menjadi dalam. Nope!

Basically, dia seorang jelah ex aku yang official. S, seorang wanita dikala umur aku baru mencecah 19 tahun. Diwaktu mana aku masih keliru dengan hubungan yang aku suka.

Aku memang menyesal gila dekat S, sebab dia macam mangsa keadaan ketika aku tak stabil. Andai dia terbaca blog ni (aku harap tak), aku minta maaf sangat-sangat. Jujur dan ikhlas dari hati aku.

Jadi Sharky, ya, ex aku ialah S, tapi bukan Inchik S. Nasib baik kau buang 'Inchik' untuk mengelakkan orang lain tahu. Sebab tu real account aku kan. Hahaha.

5 comments:

  1. Wuuuuuuuuuuuuuuuuuu penah ada girlfriend !

    ReplyDelete
  2. wuuuuuuuuuuuuuuuu hahaha...at least ko jujur and putuskan awal dari ko tipu dia pastu madukan dia dengan lelaki...kan...

    ReplyDelete
  3. Im a teen and i like reading your blog. And yeah, im in that phase where i keep confused about my sexuality. Its hard to handle the situation where you feel desire on something and feel guilty at the same time. And i feel depressed. Its interupt my education, emotion, etc.

    ReplyDelete
  4. Same situation..bila F suka saya but at the same time kita x boleh terima cinta dia..and terpaksa membohongi F dengan cakap kat dia yang dah ada kekasih lain.. Supaya dia boleh cari orang yang boleh membahagiakn dirinya..

    ReplyDelete