Saturday 26 March 2016

Membaca gaya wawasan



Tiba-tiba teringat lagu di atas yang pernah terkenal suatu ketika dulu. Antara usaha murni kerajaan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sebuah lagu yang menarik, catchy, senang diikut tapi malangnya kurang berkesan dalam memberikan makna kepada kepentingan membaca kepada kanak-kanak. Ya, kanak-kanak tidak seharusnya terus memahami kepentingan membaca hanya dengan mendengar sebuah lagu. Budaya membaca itu sepatutnya dipupuk dari kecil oleh ibu bapa atau para guru. Kanak-kanak tidak mampu menilai antara baik dan buruk. Maka sebab itulah orang dewasa seharusnya memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca.

Aku ni sebenarnya bukanlah minat sangat membaca. Kalau baca pun, itupun kerana terpaksa aku relakan. Buku-buku yang dibeli banyak sebenarnya, tapi yang tak habis dibaca pun banyak juga. Itulah, antara satu perkara yang aku menyesal ialah aku tak dilatih dengan budaya membaca. Biasalah, dua-dua orang tua tak belajar tinggi. Mereka memang suruh anak-anak ni belajar tinggi-tinggi, belajar pandai-pandai, tapi usaha untuk belajar tu memang 100 peratus hasil usaha kami sendiri. Walaupun begitu, aku masih beruntung sebab punya ibu bapa yang masih menitik beratkan soal kepentingan belajar (walaupun tak suruh langsung membaca, haha).

Bila dah besar, masuk universiti, kena pulak ambil kos yang memang banyak membaca, haaa terhegeh-hegeh aku nak menghabiskan beberapa buah buku dalam beberapa bulan. Tapi, pengalaman itulah yang mematangkan kita, kan? Lagi pun benda baik, insyaAllah ada hasilnya.

Tapi kalau betul aku membaca, berikut adalah antara buku-buku kegemaran aku.


My top favourite book will be Khaled Hosseini's collections. Ada tiga semuanya; The Kite Runner, A Thousand Splendid Suns dan And The Mountains Echoed. Dua yang pertama telah berjaya dikhatamkan, tinggal yang terakhir ni je, lambat sikit. Tapi dalam gambar tak ada, dua-dua buku kawan aku pinjam.

Aku suka novel yang deep-deep ni. Novel yang menyentuh pelbagai isu sosial. Contohnya seperti child/arranged marriage, patriarchy, abusive, women's empowerement dan pelbagai lagi. Menarik kot bila dah baca novel, kemudian bangkitkan isu-isu yang disentuh di dalam novel terbabit.

Tapi, Haruki Murakami's novels are kind of difficult to understand. Deep dia level 99! Terlalu banyak simbolism, metafora dan pelbagai lagi komponen sastera. So, yeah.

Oh oh, nampak tak buku Rozlan Mohd Noor's The GODs? Buku tu serius hampir membuatkan aku percaya kepada theory conspiracy. Bertemakan di politikus Malaysia yang ber-setting-kan masa dan dan tempat di Kota Raya Kuala Lumpur pada waktu election. Aku ter-wow! Not bad la untuk seorang penulis bekas anggota polis.

Anyhow, tujuan aku buat post ni cumalah sekadar untuk berkongsi antara buku-buku kegemaran aku. Ada banyak lagi buku yang aku tak tunjuk, antaranya sebab aku tak berapa minat, tak habis baca lagi atau memang tak baca langsung. Beli pandai, baca terketar-ketar, haha.

Sampai sini saja. Salam.

10 comments:

  1. i love all Khaled Hosseini's books!
    i love Haruki Murakami's as well!

    tak sangka ada geng. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sebenarnya ramai je peminat Hosseini and Murakami. Maybe you haven't found your people kot. Takpe, dah ada aku sorang! Haha

      Btw, I cried reading dua buku Hosseini tu. Serius sedih!

      Delete
  2. wah kemain buku buku dia...aku suka baca jugak tapi kalau ada masa terluang...sebab aku suka baca habis terus...tak boleh baca sikit sikit nanti aku stress...hahaha..

    ReplyDelete
  3. Ni mesti, sebelum baca buku kena balut dulu dengan plastik lepas tu baru baca kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana tahu? Hahaha, allergic la buku tak balut ni. Kalau balut pun nak kemas2. :P

      Delete
    2. samalah kita, kena balut dengan plastic lepas tu baru baca, sebabnya sayangkan kalau buku tak berbalut platic,hehehe

      Delete
  4. Perghhh ! Hebat.
    Aku agak bermasalah nak habiskan buku english.
    The only buku english yang aku managed utk khatam are

    The Fault In Our Stars
    Charmed

    banyak lagi aku tak habis baca. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa2, bahasa apa tak penting, yang penting baca dan faham mesej yang cuba disampaikan. Sebab tu penting untuk baca buku-buku yang berkualiti penulisannya, ada pengajaran. :)

      Delete
  5. Village by the seaside pon (novel kat matriks).. orang x abis baca. Apatah lagi buku2 setebal ni. Kehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak teballah Abang Nu'man oooiiii~ Biasa je ni, haha.

      Best ke novel tu?

      Delete