"Ouh okay. Thank you beritahu kat ambe."
"Ambe pon sebenarnya ada crush jugak." Bicara si gadis bertudung labuh itu, memulakan perbualan yang mulanya sedikit kekok.
"Oh, haritu kan gadis dah beritahu. Tapi bukan budak universiti inikan? Bagaimana gadis boleh berjumpa dan berkenalan dengan lelaki tu?" Soal aku ringkas tetapi padat.
"Ambe dah lame kenal dengan lelaki tu. Dia rakan sekolah ambe. Sekarang ni dia sedang belajar di US. Mulanya crush, tetapi sekarang mungkin dah serius. Both of our parents know about us. Tapi kami bukanlah couple, cuma mungkin seperti cop kot."
Aku terdiam. Wajah aku tidak memaparkan apa-apa reaksi. Sejujurnya, aku tidak tahu sama ada aku harus kecewa, sedih atau pun gembira yang mana logik akalnya menolak perasaan gembira itu. Sungguhpun aku perlu kecewa kerana gadis yang aku idam-idamkan perawannya, sudah dimiliki orang, aku tidak merasakan begitu. Sedih pula jauh sekali.
"By the way CB, ambe nak tanye ni. Akim (kawan aku, bukan nama sebenar) pernah ade crush dekat sape-sape tak?"
"Eh? Haha, ade. Tapi ambe tak bolehlah nak beritahu Gadis. Rahsiakan?" Balas aku sambil mengukir senyuman. Bukannya aku harap gadis bertudung labuh itu dapat melihat senyuman aku, cuma aku ikhlas memberikan senyuman atas soalan yang gadis lemparkan itu. Namun aku juga sedikit kehairanan, mengapa gadis bertanyakan tentang Akim kepada aku.
"Sebenarnye dulu ambe minat dekat si Akim ni. Or actually minat family die, haha."
Aku hairan.
"Ambe dulu suke bace post-post Akim dekat facebook. Banyak yang bermanfaat. Kemudian ambe terbace conversation him and his mom, menarik sangat. Ambe bace blog adik perempuan die jugak. In other words, he has great family. And he himself is a great man. Tapi dulu jela ambe minat kat die, mase tu lost contact dengan kawan dekat US tu sekejap."
"Oh." aku balas, mudah. Akim jugalah rakan aku yang rapat. Dia seorang jugalah yang tahu aku pernah meminati si gadis bertudung labuh ini, pernah, tidak lagi meminatinya.
Sedih cerita ni.. Rileks ramai lagi gadis lain
ReplyDeletewoooo....... c.b ade crush :D ahahahaha
ReplyDeletedlu aku x taw crush tu ape.. aku pk kan candy crush ahahahhahah
xpe lah cb.... boleh cri yg lain k.. insyaALLAH cb jumpe....
*terkenan dgn entry pangil kau c.b ahahhahahahaha