Monday 26 August 2019

Selesa

Sejak beberapa hari yang lepas, mungkin minggu, aku sering menerima e-mail dari penyedia domain untuk blog ini. Kandungannya mengingatkan tarikh luput domain tersebut, dan aku haruslah membeli dan membayar sejumlah wang yang besar bagi menyambung kelansungan service yang Merdeka sediakan. Ahhh, jumlah wang di dompet seperti tidak mengizinkan aku untuk terus menggunakan do man theconfuseboy.com. Lantas aku menukar kembali kepada theconfuseboy.blogspot.com. Yang pasti, aku hanya mahu blog ini terus hidup. Kerana semua yang intim, yang indah dan yang duka aku titip di dalam blog picisan ini. Nak kejar pembaca, memang tidaklah, berapa kerat sahaja. Tapi sungguh kerana memori.

Alhamdulillah, aku sekarang lebih selesa dengan diri sendiri. Tidak belum aku bahagia, tapi selesa. Dengan seksualiti, dengan kumpulan rakan-rakan, dengan pekerjaan Dan keseluruhan hidup aku. Aku bersyukur bahawa diberikan Nikmat untuk berasa selesa. Sungguh terdapat ramai lagi manusia didunia ini yang masih belum menerima diri Merdeka seadanya. Aku faham, aku simpati, dan aku bersyukur dengan keselesaan aku.

Semoga kita semua akan selesa di dalam kulit sendiri. InsyaAllah.