"If you tell yours, I will tell mine. Trade." tweet gadis bertudung labuh itu.
"You know that I can lie, besides yours is not a student here. I can't stalk him or search him through the campus, what's the point them." aku membalas tweet gadis itu dengan panjang. Bukannya aku marah,cuma rimas sedikit apabila diasak oleh gadis itu. Aku nekad untuk merahsiakan nama crush aku, kerana crush aku adalah gadis itu sendiri.
"Okay then, sorry." balas gadis itu lagi. "No, I should be sorry. Just remember this, curiosity kills the cat." aku sampaikan amaran itu. Lembut tapi dalam maknanya. Andai dia terus mendesak, dan rahsia ini terlepas dari bibir aku, mesti masing-masing akan menyesal. Gadis itu menyesal bertanya dan aku menyesal memberitahu.
"Miss crush suka korea tak? Nanti boleh la menari sama-sama." Aku tweet di suatu hari. Aku dapati tweet aku dibalas oleh seseorang. Segera aku menekan butang mention untuk melihat siapa dan apa yang di balas.
"Dari si gadis bertudung labuh" kata hati keil aku, sedikit kegembiraan. "Tanyelah die sendiri." aku baca dari tweet gadis itu seolah-olah dia sedang tersenyum dan membisikkan ayat tersebut pada aku sendiri. Aku juga tersenyum, seperti mana aku membayangkan dia tersenyum. "Eeemmm, malulah. Ambe dop kecek sangat dengan dia. Jupe pong jarang." aku mencubakan diri menggunakan dialek Terengganu, dialek asalnya gadis itu. "CB suke IU?Ambe suke sangat lagu die, Someday." Aku sedikit terkejut dengan balasan tweet yang aku terima. Kenapa dia bertanyakan aku tentang IU? Adakah dia cuba memberitahu dia juga menyukai Korea? Adakah dia tahu crush aku adalah dia?
"IU - Someday? Ambe dop penah dgr plak. Dakpo, nnt ambe cari kat utube" balas aku.
ahahah..... aku dh terlepas 2 episod..... :D
ReplyDelete