Monday 23 December 2013

Of Inchik S and Me

Whenever I am at home, I would definitely spend some time with my friends here. Among these friends, Inchik S is one of them.

Tonight I met him, lepak-lepak at our usual favorite place. How long has it been since the last time I met him? Around 1 month or more I guess. I miss him.

We didn't talk much. We didn't sit near to each other and we didn't look at one another that often too. Like I said, things just a little awkward when we meet face to face. But when it comes to chatting through other medium, we write like we have always been so close. Well, we  are actually, LOL.

Anyway, I miss him. I can repeat that sentence over and over again. He i still the same, cute but sharp looking. I wanted to sit near him and watched every move he made. I am obsess with him. Oh how so I wish my other friends were not there. *blushing*

Anyway, that's all of my daily crap. Good bye.

8 comments:

  1. Salam

    Saya juga ada Lif (bukan nama sebenar). Kami chat esp wassap macam kadang-kadang kekasih. Tapi bila jumpa, entah mengapa macam Inchik dan Inchik S. Haha.

    Lif balik dari luar negara. Tapi sebab saya rasa sengsara bila keadaannya exactly sama macam Inchik dan Inchik S, maka saya sengaja tak berjumpa. Saya tak mahu beri harapan palsu pada diri sendiri.

    Dan sekarang saya rindu nak berbalas sapaan ketika pagi dan malam yang dah kami lazimi sejak setahun dulu tanpa henti. Mula berhenti bila Lif balik bila sampai turn saya, saya bungkam.

    Adakah perlu saya petik suis sapaan kembali?

    Entah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bile bro Ibnu Kaula tknk jumpe Lif, mcm mane pulak dgn Lif? Die nk jumpe bro Ibnu Kaula?

      Complicated kan hidup macam ni, tk boleh nk menyatakan sayang, langsung tk boleh nk disayang. :(

      Delete
  2. Kan?

    Cuma, orang beriman pada Tuhan tahu bahawa kita hidup hakikatnya bukan sekali.

    Kita hidup dua kali. Sekali sekarang. Sekali lagi, bakal mendatang - akhirat.

    Sebab itu, saya terkesan saat seorang adik yang faham benar hal ini menghadiahkan kata-kata ini -

    "Welcome to the Dunya where you can't be with everyone you love, you can't have everything you want & everything is temporary here.

    But be patient & strive for the Akhirah, where you can have anything that you desire & you can be with whoever you love & the best part is, everything is forever"

    Arak memang benda haram.
    Tapi halal kat syurga.

    Macam tu lah benda-benda haram yang lain.

    Kalau tak dapat pun, masuk syurga itu dah satu nikmat - tak tersengsarakan.

    :)

    Sebab tu, di saat kita rindu, namun mulut terkatup bungkam, angkatlah tanganmu, "Tuhan jagalah dia, siang malam."

    Dulu, saya fikir, saya bisa mencintai sediam ini dengan berbakti padanya.

    Namun, saya akur - ia tidak semudah disangka. Walau tersenyum, namun racunnya menyucuk jiwa.

    Mungkin sekarang, saya perlu benar-benar menjauh, biarlah pintu ini saya katup. Tapi kalau dia ketuk, saya akan bukanya tanpa olok-olok. Dan pasti saya sebut -

    "Sayang, biar cinta ini ke syurga. Bukan neraka!"

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibnu Kaula, siapa anda? Allah, ayat-ayat berupa nasihat yg dah lama CB tak dengar. atau tak pernah dengar. Jujur CB suka komen berupa pedoman macam ni.

      Memang racun nya bisa sangat Ibnu Kaula, seronok dunia tu depan mata. Boleh dirasa sikit, boleh disentuh sentuh sikit. Allah, iman CB yg memang tak kuat ni, makin lemah bila diuji begini.

      "Sebab tu, di saat kita rindu, namun mulut terkatup bungkam, angkatlah tanganmu, "Tuhan jagalah dia, siang malam."
      CB terkesan dengan ayat Ibnu Kaula yang ini. Tak pernah terfikir untuk mengangkat tangan berdoa kepada Allah untuk jagakan dia. Mungkin sebab bagi CB, sudahlah perbuatan yang ada ni salah, berani lagi meminta tuhan yg melarang untuk jaga si dia yang kita suka. Allah, berat nanang orang Kelantan kata. Haha.

      Tapi macam Ibnu Kaula cakap juga, di syurga nanti, semua yang haram menjadi halal. Selama ni CB cuma terfikir arak, babi dan sebagainya. Tak pernah terlintas hubungan seperti ini. Allah melarang untuk lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. Setakat yg CB tahu, ustaz-ustazah pon banyak melarang dari mengamalkan perbuatan songsang. Kalau perasan macam mana, adakah dikira mengamalkan jugak? Dari komen Ibnu Kaula lah,CB terfikir perkara-perkara ni. Islam itu mudah, biarlah sekarang CB memegang perasaan ini tak salah, yang salah adalah mengamal dan membenarkan perbuatan songsang ini. Mudah-mudahan CB berdoa kita akan berubah ke jalan Allah, dan mencapai apa yang kita tak dapat di dunia ini, dibayar dengan indah oleh Allah di syurga. Kalau macam tu, boleh la CB berdoa agar Allah jagakan Inchik S kan? Semoga teringan beban kita, Ibnu Kaula. :(

      *mohon betulkan apa yang salah

      Delete
  3. :)

    Adalah.

    Saya pun pakai topeng masa perang ni. Hihi.

    Eh, apa email Inchik S? Boleh pindah sana?

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. email Inchik S ke email CB? haha, kalau email CB, confuseboy17@gmail.com. Kalau email Inchik S, tak boleh la nak bagitahu. haha. :P

      Delete
    2. Hahahaha :D

      Tersilap lah CB, confused! Dah asyik sebut nama Inchik S saja, jadi kita pun dah terikut sama. Haha.

      Baiklah. Sementelahan apa yang diperkatakan, haruslah diingat akan pangkal segala hukum hakam ini. Diaturkan para ulama' bahawasanya hukum hakam itu ada lima macam. Wajib, haram, makruh, sunat dan harus. Dan hukum hakam ini kita ikut kerana akidah kita.

      Akidah yang merendahkan keakuan diganti dengan memperakukan Tuhan yang Maha Tinggi. Kita tahu Tuhan tahu segala sedang tahu kita terhad di saat tahu Tuhan tidak terbatas, tidak disekat oleh mana-mana had dan takat. Di saat kita sedar akan hakikat ini, kita tahu dan sedar, tidaklah Tuhan mengharamkan sesuatu melainkan ia pastinya buruk untuk kita sebagaimana tidaklah Tuhan mewajibkan sesuatu melainkan ia pastinya baik untuk kita. Dan tiadalah Tuhan menciptakan sesuatu dengan sia-sia sebagaimana Tuhan tidak menciptakan sesuatu melainkan atas dasar cintaNya kepada ciptaanNya.

      Kerana itu disebut manusia itu menzalimi diri mereka sendiri saat melewati batasan kerana mereka lebih percaya pada diri mereka lantas mengkedepankan diri yang ternyata bodoh lagi jahil. Pada masa yang sama, membelakangkan Tuhan yang maha pandai lagi maha adil. Lantas, kita sujud ikut semua perintah, kita ingkar mungkar segala larangan kerana suruhan Tuhan yang maha berpengetahuan.

      Aturan dunia ini ialah ujian. Syaitan ialah penganggu yang dirancang yang senantiasa merancang, dibantu oleh nafsu yang bersekutu dan takdir yang hadir menghadiahkan pergelutan di padang dunia yang penuh genting. Semuanya tidak lain tidak bukan, untuk meninggikan harga syurga, memurahkan harga neraka dan menentukan kita layak di mana.

      Sungguh, satu yang memalukan dan mengaibkan andai kita yang berasal dari syurga, balik semula ke tempat yang bukan syurga - neraka.

      Lantas hidup ibarat "game". Kita keluar dari rumah asal dan kita bermain dalam kembara sebelum kembali ke kediaman asal - sepatutnya. Kerana itu disebut, kehidupan ibarat kembali mencari jalan pulang.

      Bukankah disebut juga - "Dari Allah kita datang, kepadaNya juga kita pulang?"

      Tuhan memberikan kita kurniaan berupa fizikal dalam bentuk pinjaman. Tiada siapa yang meminjam berani melanggar syarat pemiutang melainkan dari awal lagi si penghutang memang tidak mahu bayar. Lantaran itu, fizikal ini harus menurut apa yang ditentukan Dia, si pemiutang. Dan di situlah, Si Pemiutang bermain-main dengan takdir, syaitan dan nafsu untuk menentukan di mana nilai kita sebagai ciptaanNya.

      Adapun kalau "hal itu" dianggap takdir, dan takdir itu dilihat bertentangan dengan Dia - luruskanlah ia mengikut acuanNya.

      Doa selagi mana atas maksud kebaikan, menurut Jalan, dari hati yang tidak dicampur adukkan dengan ihsan belas najis dunia - teruskan.

      "Tuhan, tangan yang Kau haramkan belai-nya ini, aku wakilkanMu belailah dia!
      Jasad yang Kau haramkan jaga-nya ini, aku wakilkanMu jagailah dia!
      Mulut yang Kau haramkan menyebut lafaz cinta ini, tahankanlah - dan sebutlah bagi pihakku untuknya!
      Dan bentangkanlah kecintaan-ku ini, hanya di syurga
      Di saat tiada ujian yang menyesakkan
      Tiada fitnah yang memudaratkan!"

      :)

      Kalau hidup ini untuk hidup ini
      Sudah pasti, kita tidak perlu mati.

      Segugus cinta insan
      Selautan kasih Tuhan!

      Delete
    3. Allah, sekali lagi terima kasih... panjang sungguh komen Ibnu Kaula kali ni, hehe. Tapi alhamdulillah CB faham semuanya. InsyaAllah CB akan betul doa dan niat doa CB tu, mungkin memang ada cacat celanya sikit. Lepas baca komen ini barulah CB sedar. Thank you Ibnu Kaula, I always appreciate any kind comments. :)

      Delete