Friday, 9 January 2015

Post ini tidak asli

Asalnya dah mengantuk, berat saja mata nak tidur. Tapi terbaca blog Sharky yang terinspirasi dari Abang Nu'man dan Putera tentang impian yang nak dibuat dengan kekasih (kalau adalah). Jadi, aku pun nak tiru.

Keluar jalan-jalan
Simple tak? Haha, macam yang aku selalu buat dengan Inchik S tapi aku teringin sangat nak keluar jalan-jalan dengan orang yang aku sayang. Tak nak pegang-pegang tangan semua, tipikal. Aku nak satu perhubungan yang malu-malu kucing. Keluar jalan-jalan sambil tangan bergeseran, senyum-senyum malu, ketawa sama-sama, makan bertentang mata. Ahhhhh...

Aku nak rasa perasaan sayang tu, yang tak perlu ditunjuk melalui fizikal, tapi aku tahu dia sayang aku dan dia tahu aku sayang dia. Tapi juga masing-masing malu.

Joging, mendaki dan berenang
Aku malas bersukan. Jadi aku nak dia ajak aku joging setiap petang.

"Jom joging.

Penat la baru balik kelas.

Jom la, nanti malam dapat peluk.

JOM!"

Aku suka daki bukit. Tak lah suka gila, cuma suka saja. Setakat ni baru dapat pergo Bukit Broga (tak mencabar langsung) and Bukit Tabur East (dua kali naik, tak pernah rasa tak seronok! Nak pergi lagi). Nak pergi dengan dia, naik sama-sama. Biar dia tengok aku penat tapi tak putus asa nak sampai puncak. Mana tahu kalau-kalau dia lagi tergoda tengok peluh aku, usaha aku, kan?

Berenang pulak aku tak pandai sangat. Tapi water is like my element! Suka gila! I can swim like forever. Aku suka sungai, laut, taman tema air, semualah. Janji tempat tu boleh berendam lama-lama. Aku nak main air dengan dia, berenang ke tempat dalam dan berenang lah. Kau nk buat apa lagi dalam air kalau tak berenang? Mati nanti sapa nak jawab?

Berpelukan
Okay, ni sebenarnya yang aku paling nak buat. On top of my wishlist tentang perkara yang aku akan lakukan bila dah berkasihan. Nak peluk time tidur, lama-lama. Nak rasa sentuhan dia, tidur dalam dakapan dia, bau badan dia or bau rambut dia. Hahaha, macam pervert but yes, this is what I always imagine if I really have someone I love. I don't really need anything else, even those two wishes mentioned above. Berpelukan adalah segalanya, tapi dalam bilik la.

No, I'm not horny. I just want love.

Peace out.

12 comments:

  1. Berpelukan yg kau mksudkan tu mcm cuddling la kan? Ala mushy2 gitu wakakka. Aku pon sukaa.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kalau gatai sapu calamine lotion la abang nu'man oi.

      Delete
  3. Amboii.. Kalau tiap kali lepas jogging dapat peluk, aku pun nakk.. Haha

    ReplyDelete
  4. sweet je wishing list ye nie... apapun harap termakmul..hehe

    ReplyDelete
  5. Me too. Bestnya dalam dakapan si dia, rasa tenang dan aman. Setakat ni peluk batal je, kita single. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. peluk bolster tu je. single but happy. <= ayat orang forever alone

      Delete
  6. budak-budak zaman sekarang..imaginasi tinggi!hahaha..budak lagi ke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dewasa la, haha. tapi tak tua. muda , suci dan murni. eh?

      Delete