Saturday, 30 October 2021

ND, kesayangan saya.

 Kehadapan, ND kesayangan saya.

Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mencintai awak, merasakan diri dicintai dan walaupun sementara, saya bermimpi akan masa hadapan buat sekelian kalinya. Awak mengajar saya untuk mengenali diri saya sendiri. Bahawa saya adalah seorang yang setia dan mampu berkorban apa sahaja demi cinta. Oleh kerana itu juga, saya sedar bahawa awak tidak layak memiliki saya, kerana saya terlalu baik untuk awak yang sedari mulanya tidak pernah jujur dengan saya. 

Seperti yang saya katakan kepada awak, saya berharap awak tidak akan pernah bahagia. Saya tidak akan pernah memaafkan awak. Semoga awak berasa betapa sakitnya dikecewakan cinta walau telah memberikan segalanya. 

Namun begitu, saya tidak pernah membenci awak. Malahan saya masih cinta dan sayangkan awak. Saya cuma mengharapkan balasan setimpalnya agar awak sedar kekejaman yang awak lakukan ke atas saya.

Yang tersakiti, saya.