Datang la dengar, nak cerita tentang gadis manis yang aku minat. Macam mana pon aku, aku tetap lelaki.
Awal perkenalan kami adalah melalui satu tugasan kumpulan. Melalui situ aku cuma contact gadis ni untuk hal-hal tugasan kami sahaja. Sepanjang waktu menyiapkan tugasan, serius aku cakap, tak pula terdetik hati ni nak tatap muka dia ke, nak ngorat-ngorat ke, tak adalah. Maka tugasan yang diberikan siap dengan jayanya, markah pon okay kot.
Lepas tugasan kumpulan kami selesai, kelas tersebut masih berlangsung macam biasa. Satu hari kawan aku bercakap pasal gadis ni dekat aku, sebab aku kan ahli kumpulan gadis tu. Kawan aku cakap, muka gadis ni macam artis Jepun yang dia minat, comel. Maka dalam kelas aku pon sembunyi-sembunyi la tatap muka si gadis ni. "Hhmmm, boleh tahan comel. Nak kata sama macam muka artis Jepun tu, sikit je kot," bisik dalam hati. Sedang pandang-pandang tu, adalah terkadang si gadis ni pun macam terpandang aku. Senyum-senyum malulah aku sebab konon-konon tertangkap tengah usyar dia.
Hari yang lainnya, aku terjumpa gadis ni dekat satu majis dalam universiti kami. Kitorang ambil bahagian, buat buku scrap. Aku ternampak dia berdiri jauh sikit dari aku dengan kawan dia, jadi dengan niat hanya untuk menegur, maka aku lambai-lambai kat si gadis. Respon yang dia beri, tak senyum, tak cakap apa, terus ja blah. Aku tidaklah terkilan pun, tapi sedikit hairan dengan sikap gadis tu
Petang lepas majlis tu, aku check phone tengok ada satu mesej. Datangnya dari gadis tersebut, "Boy, maaflah tadi macam buat tak tahu. Saya malu sangatlah tadi. Maaf ye." Sebaik baca mesej tu, terus aku tak terkata apa. Dalam fikiran aku macam, wow perempuan yang malu dengan lelaki, wow!
Aku tak cerita kan ciri-ciri gadis ni kat korang? Gadis, aku namakan gadis sebab bagi aku gadis memaparkan maksud yang suci dan manis yang mana aku rasa sesuai sangat dengan gadis ni. Gadis, putih-putih kuitnya, ada tahi lalat di bawah matanya, senyumnya manis-manis je. Selalu bertudung hitam, labuh dan sentiasa berbaju kurung, menutup aurat dengan sempurna sekali.
Mulai saat aku dapat mesej gadis tu, tentang malunya dia nak bertegur aku, mulai itulah aku macam minat sikit dekat dia. Kitorang still masuk kelas, kalau tegur pon aku yang akan mula. Tapi tak cakap panjang-panjang, cukup sekadar hai, atau sekuntum senyuman.
Ada satu peristiwa, aku dapat mesej lagi dari si gadis, minta maaf sekali lagi kerana tidak menegur aku walaupun dia nampak aku, tentulah alasannya malu. Malangnya aku tak perasan kehadiran dia waktu itu, jadi aku cakap jela yang aku tak kisah. Aku pun beranikan diri mesej si gadis. Tapi tiap-tiap kali aku hendak menghantar mesej, aku pastikan aku mempunyai motif dan alasan yang kukuh. Kalau kitorang mesej pon, aku akan cuba memendekkan perbualan dan hanya bercakap tentang tujuan mesej. Straight to the point bak kata mat salleh. Dalam mesej-mesej gadis, mesti ada 'alhamdulillah', 'insyaAllah', 'dan sebagainya. Gadis ni sangat Islamik. Sebab tulah bila aku mesej dengan dia, aku akan pendekkan. Aku rasa macam bersalah sangat sebab tertarik dengan orang sebaik dia. Baik yang amat sangat, Islamik!
Aku tengok post-post gadis dekat instagram, twitter semuanya berbentuk Islamik. Allah, alhamdulillah di atas perkenalan ini.
Gadis ini, kadang-kadang aku terimaginasi juga tentang kehidupan berkeluarga bersamanya. Subhanallah, mesti bahagiakan hidup? Tapi imaginasi aku pasti akan berakhir dengan penolakan sebab ketakutan. Aku takut orang yang hina macam aku, sangatlah tak layak untuk gadis yang suci macam tu. Zalimlah aku kalau aku dapat isteri macam tu, aku rasa macam menipu bakal isteri aku dan diri aku sendiri. Itulah yang aku sentiasa rasa, yang membuatkan aku sukar nak mendekati wanita. Hhhmmm.
Apa-apa pun, gadis ini, memang gadis yang jarang ditemui. Aku mulai jatuh hati bukan sebab rupa, tapi sebab sifat malunya terhadap lelaki, subhanallah! Aku harap suatu hari nanti si gadis akan dapat putera yang sepadan dan membawa gadis ke syurga Allah. Amin.
wahhh aku dpt bayang kan gadis tu cm ner....
ReplyDeleteaku pon ade niat nk berubah kearah mcm gadis... tp tak pernah kesampaian....
pape pon aku doakan kau akn dpt "gadis" yg cm 2 1 hari nanti =)
*aku suke tgk gmbr last 2 sweet....
itulah yang aku idamkn 1 hari nanti
InsyaAllah..truskn berdoa.. Apa2 pun,cuba tekad dlm hati utk terua berubah.. Moga kau temui jalan itu.. Dan aku berbhagia utk kau..=)
ReplyDeleteada rezki ada lah jodoh yg sesuai utk boy :)
ReplyDeletemoga dikurniakan apa yg terbaik utk boy dunia akhirat
wuiyooo, tahniah bro! moga moga dapat bersama dengan dia satu hari nanti, jika ALLAH mengizinkan. hikhik
ReplyDeletegadis itu special. Mohon jangan diusik hatinya dan jangan bagi harapan jika belum bersedia untuk menikahinya. Bila dah ready untuk bernikah terus jumpa walinya. Semoga berjaya
ReplyDelete