Sunday, 23 June 2013

Opposite attracts.

Tajuk Bahasa Inggeris, tapi tetap nak tulis Bahasa Melayu, hehe.
Datang la dengar, nak cerita tentang gadis manis yang aku minat. Macam mana pon aku, aku tetap lelaki.

Awal perkenalan kami adalah melalui satu tugasan kumpulan. Melalui situ aku cuma contact gadis ni untuk hal-hal tugasan kami sahaja. Sepanjang waktu menyiapkan tugasan, serius aku cakap, tak pula terdetik hati ni nak tatap muka dia ke, nak ngorat-ngorat ke, tak adalah. Maka tugasan yang diberikan siap dengan jayanya, markah pon okay kot.

Lepas tugasan kumpulan kami selesai, kelas tersebut masih berlangsung macam biasa. Satu hari kawan aku bercakap pasal gadis ni dekat aku, sebab aku kan ahli kumpulan gadis tu. Kawan aku cakap, muka gadis ni macam artis Jepun yang dia minat, comel. Maka dalam kelas aku pon sembunyi-sembunyi la tatap muka si gadis ni. "Hhmmm, boleh tahan comel. Nak kata sama macam muka artis Jepun tu, sikit je kot," bisik dalam hati. Sedang pandang-pandang tu, adalah terkadang si gadis ni pun macam terpandang aku. Senyum-senyum malulah aku sebab konon-konon tertangkap tengah usyar dia.

Hari yang lainnya, aku terjumpa gadis ni dekat satu majis dalam universiti kami. Kitorang ambil bahagian, buat buku scrap. Aku ternampak dia berdiri jauh sikit dari aku dengan kawan dia, jadi dengan niat hanya untuk menegur, maka aku lambai-lambai kat si gadis. Respon yang dia beri, tak senyum, tak cakap apa, terus ja blah. Aku tidaklah terkilan pun, tapi sedikit hairan dengan sikap gadis tu

Petang lepas majlis tu, aku check phone tengok ada satu mesej. Datangnya dari gadis tersebut, "Boy, maaflah tadi macam buat tak tahu. Saya malu sangatlah tadi. Maaf ye." Sebaik baca mesej tu, terus aku tak terkata apa. Dalam fikiran aku macam, wow perempuan yang malu dengan lelaki, wow!


Aku tak cerita kan ciri-ciri gadis ni kat korang? Gadis, aku namakan gadis sebab bagi aku gadis memaparkan maksud yang suci dan manis yang mana aku rasa sesuai sangat dengan gadis ni. Gadis, putih-putih kuitnya, ada tahi lalat di bawah matanya, senyumnya manis-manis je. Selalu bertudung hitam, labuh dan sentiasa berbaju kurung, menutup aurat dengan sempurna sekali.

Mulai saat aku dapat mesej gadis tu, tentang malunya dia nak bertegur aku, mulai itulah aku macam minat sikit dekat dia. Kitorang still masuk kelas, kalau tegur pon aku yang akan mula. Tapi tak cakap panjang-panjang, cukup sekadar hai, atau sekuntum senyuman.

Ada satu peristiwa, aku dapat mesej lagi dari si gadis, minta maaf sekali lagi kerana tidak menegur aku walaupun dia nampak aku, tentulah alasannya malu. Malangnya aku tak perasan kehadiran dia waktu itu, jadi aku cakap jela yang aku tak kisah. Aku pun beranikan diri mesej si gadis. Tapi tiap-tiap kali aku hendak menghantar mesej, aku pastikan aku mempunyai motif dan alasan yang kukuh. Kalau kitorang mesej pon, aku akan cuba memendekkan perbualan dan hanya bercakap tentang tujuan mesej. Straight to the point bak kata mat salleh. Dalam mesej-mesej gadis, mesti ada 'alhamdulillah', 'insyaAllah', 'dan sebagainya. Gadis ni sangat Islamik. Sebab tulah bila aku mesej dengan dia, aku akan pendekkan. Aku rasa macam bersalah sangat sebab tertarik dengan orang sebaik dia. Baik yang amat sangat, Islamik!

Aku tengok post-post gadis dekat instagram, twitter semuanya berbentuk Islamik. Allah, alhamdulillah di atas perkenalan ini.

Gadis ini, kadang-kadang aku terimaginasi juga tentang kehidupan berkeluarga bersamanya. Subhanallah, mesti bahagiakan hidup? Tapi imaginasi aku pasti akan berakhir dengan penolakan sebab ketakutan. Aku takut orang yang hina macam aku, sangatlah tak layak untuk gadis yang suci macam tu. Zalimlah aku kalau aku dapat isteri macam tu, aku rasa macam menipu bakal isteri aku dan diri aku sendiri. Itulah yang aku sentiasa rasa, yang membuatkan aku sukar nak mendekati wanita. Hhhmmm.

Apa-apa pun, gadis ini, memang gadis yang jarang ditemui. Aku mulai jatuh hati bukan sebab rupa, tapi sebab sifat malunya terhadap lelaki, subhanallah! Aku harap suatu hari nanti si gadis akan dapat putera yang sepadan dan membawa gadis ke syurga Allah. Amin.



Wednesday, 19 June 2013

Yang sebenarnya.

Awal kalam, sedap tak lagu aku letak ni?
Finally nyanyian Fergie (Balck Eyed Peas)
Entahlah, terngiang-ngiang je lagu ni dalam kepala aku, idea nak tulis blog pon datang sama. Terus aku bukak youtube, search lagu ni dan buat muzik ackground untuk blog. HEHE.



Aku ni bukanlah budak-budak anti sosial sangat, kadang-kadang je, musim exam terutamanya (refer post sebelum ni). Tapi sebagai seorang yang berbeza, PLU, aku memang sangat-sangat menjaga rahsia ni. Kenalan aku dunia realiti langsung takde yang sejenis macam aku. Aku tahu lah beberapa orang yang macam aku, tapi sekadar tahu. Kawan, tidak. Oh kecuali sekali waktu asasi, aku ada kawan rapat yang gay tapi tetap aku jaga rahsia aku, tak bagi tahu kat dia walaupon kitorang ni geng. Kononnya.

Kalau korang perasan, aku jarang labelkan aku sebagai GAY. Aku gantikan dengan PLU (People Like Us). Pada pendapat aku, mungkin aku masih dalam proses 'denial' atau tak mengaku la kata orang. Sebab tu kat realiti, walaupun aku tahu sape gay atau tak, aku tetap kunci mulut rapat-rapat. Bukannya aku taknak kawan, tapi aku cuma taknak orang tahu. Takut agaknya. Iyelah, dalam angan-angan aku ni, tetap jugak aku nak kahwin dengan seorang wanita suatu hari nanti. Sekarang pon aku sebenarnye minat kat sorang gadis ni, tapi minat jelah.

Lagi satu sebab yang mana aku mungkin taknak guna perkataan GAY sebab perkataan tu agak kasar bagi aku. Ye, aku tahu tiap-tiap orang ada pendapatnya sendiri, tapi ni lah pendapat aku. Ini lah yang aku rasa bila guna perkataan tu. Sebagai seorang PLU dalam kelambu, aku jarang cerita bab-bab ni kawan-kawan straight yang lain. Kalau dorang yang cerita sekalipun, aku akan cuba tutup mulut rapat-rapat, jadi pelakon yang hebat dan berikan reaksi macam mana lelaki straight lain akan bagi. Penat seyyhh selalu macam tu.

Aku takut sebenarnya kalau orang tahu siapa aku atau apa aku ni sebenarnya. Aku pernah ada pengalaman buruk tentang ni, sangat sangat buruk dan sangat sangat sedih. Pengalaman ni pon ada kena mengena dengan siapa aku sekarang. Korang selalu tengok cerita omputih tak, dorang selalu cakap kekonon bila trauma otak kita kadang-kadang akan lupakan memori-memori buruk. Aku tengok kat tv slalu la, tapi tak sangka benda ni terjadi kat aku sendiri. Kejadian yang berlaku tu membuatkan aku lupa banyak benda. Tapi bila masa dah berlalu, aku jumpe balik kawan-kawan lama, dorang cerita kisah-kisah zaman tok kaduk barulah aku mula nak teringat apa yang aku pernah buat. Ada yang datang kat aku cerita, tapi aku langsung tak ingat yang aku pernah buat ape yang dorang cerita.



Mungkin sebab aku takut kejadian yang sama berulang, luka lama berdarah kembali, aku jadi macam sedikit defensive pasal benda-benda macam ni. Aku tak pernah cerita kat sesapa apa yang berlaku. It was just between my friends, my family and I. See, it involved lots of people. Manalah aku tak takut kan, haha. Kitorang pon dah tak sebut apa yang berlaku. Semua berpura-pura macam nothing happened, the biggest lie one could ever commit.

Anyhow, itulah serba sedikit pasal aku yang sebenar-benarnya. Bila tulis entry ni, tibatiba macam banyak je idea aku nak tulis lagi. 1) Tentang kawan gay asasi aku tu. 2) Tentang gadis manis yang aku macam minat tu. 3) Kejadian trauma tu. Tapi mungkin aku akan cerita, mungkin tak. Bergantunglah pada mood aku, nak menulis ni ikot mood jugak sebenarrnye.

Sini je kot aku tulis, jadi, adios amigos fella!
Assalamualaikum.

Monday, 17 June 2013

Tabiat tak sihat di musim peperiksaan!

Harini rasanya nak tulis Bahasa Melayu pulak.

Exam haritu dah habis, dah lama dah. Study lah jugak sikit-sikit, nak cover balik carry mark yang rendah-rendah tu, janji lepas sudahlah kali ni. Walaupon mula-mula ingat nak naikkan gred, tinggal mimpi jelah.

Aku nak kata aku orang famous, memang tak. Aku nak kata aku orang pandai, lagi-lagi lah tidak! Aku nak kata aku mesra ala, insyaAllah. Aku cakap macam ni sebab tiap-tiap kali musim exam, mesti ja ada orang hantar  mesej kat aku, "Confuse, jom study sama-sama". "Confuse, jom buat study group" "Confuse, aku nak g bilik kau ni nak suroh kau ajarkan."

Aduuhhhh. Serius aku cakap, aku tak pandai, kenapa korang asyik ajak aku study sama-sama ni. Jadi, aku selalu tolak pelawaan kawan-kawan aku kalau bab nak study sama-sama. Bukannya aku tak nak study dengan dorang, atau aku tak study langsung, tapi masalahnya aku ni jenis yang duduk sorang-sorang. Buat kerja sorang-sorang, study sorang-sorang, bagi aku macam tu lebih senang, baca ape pon masuk.


Nak diceritakan betapa teruknya penyakit forever alone aku ni, sebelum exam aku tak akan pergi awal ke dewan exam. Aku sama ada keluar lambat atau keluar sangat awal dan carik tempat yang terpencil. Biasanya kelas-kelas kosong atau duduk ja dalam kereta. Aku kalau boleh nak mengelak dari jumpa orang sebelum masuk dewan exam. Budak-budak Malaysia bukan tak tahu, sebelum masuk dewan mesti nak sembang apa yang dorang baca, apa yang dorang tak baca lah. Rimas ooooo aku. Lagi satu sebab, kadang-kadang bila dengar dorang sembang apa yang dorang baca, aku jadi takut sebab kaau aku tak tahu, dah sah-sah aku tak baca atau tak faham. Mula la nak menggeletar ada lagi yg tak habis baca.

Ada beberapa kali, sebab aku jenis yang tak tido malam, exam pulak pukul 9 pagi, jadi aku berjaga sampai habis exam. Biasanya lepas subuh, aku akan terus mandi, bersiap pakai baju cantik-cantik, breakfast ape yang ada dalam bilik aku then terus ke dewan exam. Matahari pun tak sempat nak suluh jalan aku dah keluar bilik ke dewan. Tapi aku tak lah pergi dewan terus, macam aku cakap, aku akan cari kelas kosong dan duduk dalam tu, study lagi mana yang tak sempat. Atau aku akan duduk dalam kereta, baca buku dalam kereta dan kadang-kadang, sampai tertidur sekali, haha.

Memang musim exam ni aku jadi sangat pelik biasanya, menglak dari jumpa orang bila time study, tak keluar bilik beriadah. Mula la jadi putih yang tak sihat, pucat, sebabnya tak kena cahaya matahari langsung. Keluar makan sekejap je, tak sempat pon nak rasa cahaya matahari kat kulit.

Itulah kehidupan aku bila masa-masa exam. Nasib baiklah exam dah habis lama. Sekarang berehat-rehat kat rumah, ternak lemak. Dalam perancangan nak cari kerja, tapi kawasan rumah aku ni, entah apa kerja yang ada. Nak jual badan tak laku, haha. Duit pulak mengalir je keluar sebab memalam selalu jugak keluar lepak mamak dengan kawan-kawan. Apa nak jadi dengan aku entahlah.

Aku rasa ni je kot nak tulis. Amboi, sekali tulis Melayu, panjang berjela. Bye, Assalamualaikum. 


Sunday, 16 June 2013

Lonely

I had a conversation with my mom recently
she told me when I was just a baby
I was good, I don't cry a lot
I play by myself, I don't disturb people
like other babies do
but mom was worried
she said babies aren't supposed to be like that
abnormal, that was her exact word.

Now I know
this being alone in a room attitude of me
was in me since, maybe since birth
mom confirmed it.

Attachment is one thing I hardly get.

Going out and spending time alone
I am used to that
in fact I love being alone.

However sometimes
being alone does make me feel lonely
especially a PLU guy like me.

To speak my heart out
it is already a tough thing to do
but I do want someone to listen to my problems
thought that I wanted to say.

Yes I have this blog
it consoles me
I poured some things I couldn't say in reality
into writings.

Nevertheless,
I need a breathing human
to give feedback
to say it's okay
or anything
and have a long talk.

Though how much I like being alone
the feeling of forever alone
it won't go away just yet.

Thursday, 13 June 2013

I am in awe.

I am in love
not in reality though
here are my love's pictures
enjoy.











Tuesday, 11 June 2013

MALAS.

Mom is not feeling well
so I have to take care of her.

I am lazy
so I will end this post here.

LOL, bubye.