Monday, 5 May 2014

Faris

Faris.

Aku mulai kenal dia melalui aktiviti kelab yang kami sering terlibat.
Orangnya kurus, tingginya sejengkal, rupanya sekacak Nasir Bilal Khan. Fizikalnya memang boleh melawan mana-mana ahli bina badan. Tegap berketak-ketak. Tidak, aku tak suka dia. Kagum, mungkin.

"Berkawanlah dengan kawan yang mana persahabatan itu membawa kepada tuhan."

Walaupun mulutnya tak lepas dari menyebut 'babi', seperti itu satu kebiasaan. Sikapnya yang sentiasa ingat tuhan mengkagumkan aku! Serius.

"CB, pukul berapa sekarang? Jom cari surau." "Apa yang berlaku tetap akan berlaku, tak mungkin untuk kita minta diputar semula masa. Berdoalah untuk ketabahan sebaliknya."

Ya, itulah antara yang diucapkan Faris kepada aku. Hah, tak sangka. Sungguh. Kalau lihat rupa dia, memang langsung tak muka membawa ke syurga, tapi itulah, isi di dalam tak siapa yang tahu.

Kami tak selalu meluangkan masa bersama, tapi bila berdua dengan dia, aku jadi suka. Dia mendekatkan aku kepada pencipta. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Alhamdulillah...mungkin ada sinar dibalik awan mendung....sama2 kita mencari sinar tersebut....

    ReplyDelete
  2. Susah nak cari tu. Aku cari2. Last2 jumpe kawan yg ajak masuk bilik. Tutp lampu. Tidur. Tension btol. X pon dapat kawan yg ajak masuk bilik. Tanggal baju. Ajak main. PES.

    ReplyDelete