Sepanjang semester lepas, aku jarang sekali berjumpa Inchik S. Maka setelah cuti semester aku bermula, sepatutnya kami dapat berjumpa dengan kerap seperti sebelum-seelumnya. Tapi oleh kerana Inchik S sudah bekerja di sebuah bank, kawan-kawan yang lain juga sibuk dengan ekerjaan masing-masing, dalam tempoh cuti dua minggu aku hanya 4 kali sahaja kami berjumpa. Itu pun sekadar melepak sekejap di gerai Char Kuey Teow sepertimana kebiasaan.
Namun, kali keempat kami berjumpa, sehari sebelum aku pulang ke universiti, kami hanya keluar berdua. Aku yang ajak. Jumaat (20/6/2014) dia baru pulang dari kerja dan mengadu kelaparan serta kebosanan. Aku yang sedang berjumpa rakan yang lain ketika itu segera menghubungi Inchik S sebaik aku pulang. Aku pergi menjemput dia.
Agak lama kami berborak kosong. Tiada topik tertentu. Jam lewat menunjukkan 12 malam, aku mulai mengantuk. Lalu diajaknya pulang. Dia tidak memberi respon. Entah, mungkin tak dengar agaknya. Terus sahaja kami berbual. Bayangkan betapa aku harus mengawal perasaan, mengawal mataku dari selalu memandang dia, mengawal tangan dari selalu membuat lawak yang memerlukan sentuhan. Hah, sempaat lagi mengambil kesempatan.
Lewat sehingga 1 pagi, akhirnya aku yang tak dapat lagi menahan mata dari terlelap terus mengajaknya pulang sekali lagi. Kami bergerak ke kaunter bayaran. Selalunya kami akan bayar asing-asing, maklumlah pelajar. Inchik S pun baru sahaja bekerja. Tetapi kali ini, terus sahaja dia bayarkan semua sekali tanpa berkata apa-apa. Tersenyum lebar aku ketika itu.
Berat hati untuk menghantar Inchik S pulang, lalu aku membuat beberapa pusingan di taman dia. Inchik S juga tidak membantah.
Sedih sebenarnya. Mengapa harus aku berasa begini pada seorang lelaki, lelaki yang tidak langsung menunjukkan minat kepada aku. Sedih tapi itulah yang harus dihadapi.
No comments:
Post a Comment