Aku selalu sekadar berangan-angan.
"Nanti dah kerja nak beli rumah. Bagi mak ayah duduk rumah besar sikit."
"Nanti kerja nak beli kereta mahal. Bagi mak ayah merasa naik kereta mewah."
"Nanti ada duit nak beli jubah untuk mak pakai, mesti lawa."
"Nanti nak beli bag kulit tu dekat ayah. Selalu cakap nak, tapi tak ada duit nak beli."
Angan-angan yang besar. Nak itu dan ini. Semuanya 'nanti'.
Dan 'nanti' itu sudah terlepas, terlambat.
Sekarang, sekadar apa yang aku mampu, aku akan terus buat. Aku tak nak lagi berlengah. You never know when will be the last you'll see your parents, your family members. I learnt my lesson. I appreciate what I have right now.
"Duit tu boleh cari, kebahagiaan tak."
p/s: Nak belikan ayah handphone baru secara online tapi pembayaran secara FPX tak termasuk Bank Islam punya internet banking. Pissed off gila tadi. Haih, terpaksa beli phone lain.
kebahagiaan tidak bergantung pada wang ringgit..
ReplyDelete;-)
Tp tuk bhgia wang ringgit satu kemestian
ReplyDeleteTp tuk bhgia wang ringgit satu kemestian
ReplyDeletepuas dpt membahagiakan org yak kita syg.. dan melihat aura gembira di wajah mereka ( mak abah )
ReplyDelete