Tuesday, 14 July 2015

Doa untuk emak

Selepas hampir 5 bulan setelah pemergian Emak, baru hari ini aku mimpikan beliau. Ya Allah, rindunya aku kepada emak kuat sungguh.

Emak berbaring mengiring, keadaanya masih sakit. Tapi, tubuhnya tidak  menunjukkan seperti beliau sedang menderita. Aku lihat beliau keadaannya seakan sihat. Air mukanya kelihatan normal, tidak seperti dulu yang selalu menahan kesakitan.

Aku pula berbaring di sebelah beliau sambal memandang ke arahnya. Tanganku mengusap-usap rambut beliau dengan lembut, dengan penuh kasih sayang, dengan penuh kerinduan.
“Kali ni adik pula jaga mak sampai mak mati tau.”

Tatkala terjaga dari tidur, deraian air mata mulai menitis dengan perlahan. Aku teringat kata-kata emak tadi. Walau apa jua maksudnya, aku rindu betul dengan emak.

Dulu, ustaz dari sekolah agama yang aku hadiri sewaktu sekolah rendah pernah menghadiahkan aku doa ibu bapa terhadap anak-anak. Aku ambil dan beri pada emak. Sejak daripada itu, sehingga akhir hayat beliau, tiap kali selepas bersalaman dan mencium pipi emak, pasti emak akan membacakan doa tersebut dan mengusap kepala kami adik beradik.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan ibuku di sana. Kau ampunilah dosa-dosa ibu. Kau ringankanlah beban-beban ibuku sesungguhnya beliau seorang yang lemah. Ya Allah, Kau jauhkanlah seksaan kubur dari ibuku dan jauhkanlah ibuku dari azab api nerakan. Ya Allah, Kau tempatkanlah ibuku dalam golongan orang-orang yang beriman dan kau tempatkanlah beliau di dalam syurga mu yang tertinggi. Amin."

This raya will not be the same ever again. Adik sayang emak.

2 comments:

  1. bawak byk bersabar yer..... kuat sungguh smpi jadi mainan tidur..... bykkn berdoa utk nye yer.....

    ReplyDelete