Saturday, 8 September 2012

Rupa itu penting

Haritu terbaca satu blog
pasal ikhlasnya perkenalan
kerana rupa luaran atau
rupa dalaman.

Bagi aku
rupa itu penting
luaran dan dalaman
saling melengkapi.

Iya, aku kawan dengan yang kurang menarik
tapi sudah pasti ingin sangat berkawan
dengan yang cantik.

Namun tak bermaksud yang
kurang menarik itu aku ikhlas
yang cantik itu tidak
cumanya yang cantik itu
satu kelebihan
yang membuatkan orang senang.

Untuk aku pula
sejak berat bertambah
aku sedar diri dah makin tak cantik
orang pun kurang tertarik.

Kadang-kadang
jadi segan nak jumpa orang
sebab malu dengan diri sendiri.

Kadang-kadang
orang tanye siapa kawan
kacak katanya
sedih sebab tak pernah ditanya begitu.

Nak berdiri kat depan pun
aku tak berani
sebab rupa lagi.

Bagi aku
rupa itu penting
untuk keyakinan diri
agar tak jadi macam ini.

Terlalu mengambil berat pandangan orang, susah.

1 comment:

  1. keyakinan diri mensti tgi.... gemuk mcm mner pon bile keyakinan tgi pasti boleh..... buakn tak ade org gemuk yg berjaye kan

    ReplyDelete