Wednesday, 5 September 2012

Cuba lepas takuk yang lama

Dulu aku bijak
hensem, kacak
kurus, ramping
putih, bersih.

Aku fikir aku bijak macam dulu-dulu
tapi belajar hancur, sekarang.

Aku fikir aku kacak macam dulu-dulu
tapi tak ada pula yang hendak, sekarang.

Aku fikir aku kurus macam dulu-dulu
tapi berat naik mendadak, sekarang.

Aku fikir aku putih macam dulu-dulu
tapi makin gelap, sekarang.

Aku masih berpaut pada takuk lama
susah nak lepas yang dulu-dulu
kerana dulu semuanya bagus.

Sekarang tunggang langgang
punah ranah, pening.

Tapi dari aku fikir macam dulu-dulu
aku rasa baik aku teruskan yang sekarang
selesaikan yang tunggang langgang
yang punah ranah, yang pening itu.

Kemudian aku harap
boleh aku lepas takuk itu
dan cari yang baru
yang lebih kuat
yang lebih kukuh.

InsyaAllah, aku boleh.

1 comment:

  1. dulu aku upsr dapat 5 A tapi bila masuk universiti result takat lulus jer

    ReplyDelete