Semalam aku rasa
sedih dan murung.
Memang kadangkala
jadinya begini.
Ialah
memikirkan aku
yang tak serupa
dengan yang lain
tertekan.
Lalu aku membiarkan kaki
membawa diri kemana sahaja
keluar memerhati
telatah manusia.
Pelbagai ragam
akhlaknya, pakaiannya,
rambutnya, dan
aku melihat barang yang dibeli
berjenama, wow! Kaya!
Aku terfikir sendiri.
Sekurang-kurangnya
inilah yang mampu
mengalih fikiran dari
memikirkan kemaslahatan diri
biarpun tidak mengubati
cukuplah sekadar tidak
melayani.
p/s: Kaki yang membawa diri, terbeli sepasang sandal baru.
Semoga musim hujan tidak merosakkan lagi sandal aku.
No comments:
Post a Comment