Tuesday, 3 September 2013

I am really confuse, big time!

Assalamualaikum...

Tak, aku tak busy sangat. Baru berhenti kerja, semester baru kan nak mula dah. Walaupon tiada post baru dari aku, tapi aku tetap buka akaun blogger ni untuk tengok yg terbaru dari rakan-rakan blogger yg lain. Silent reader kekonon, haha.

Tentang tajuk ni, hhmmmm... *sigh*

There is this friend of mine, lemme name him S. Yes, it is HIM, for male. A male friend of mine. Kami berkawan sejak tingkatan 5, tak lama sebenarnya sebab baru 4 tahun mcm tu persahabatan kami. He is kinda nice person, skinny, extra teeth (recently removed), nice straight thick hair, and a bit short than me. I dont know why, recently I am attracted to him, hhhmmmm, comfortable around him to be exact.

Kami selalu keluar lepak, dengan kawan-kawan yang lain sama. Tapi kami jugak selalu keluar berdua, trying new things together, usually trying to eat at expensive places. Atau pun keluar tengok wayang, atau pun saja-saja keluar jejalan since we got nothing to do.

Diasebabkan banyak aktiviti kami buat sekali, kadang-kadang aku rasa macam terseronok pula untul keluar berdua sahaja, tak ada kawan-kawan yang lain. Contoh macam esok, dia ajak aku pergi rumah nenek dia. Lepas tu keluar berendek (dating) katanya. Keluar berendek ni disebut dari dia untuk aku macam seladar melawak,,,,, kot.

Biasanya kalau kami keluar berdua pon bukannya buat apa-apa yang menarik sangat pon bcoz both have no idea of any plan. So kami hanya jalan-jalan buang masa, literally. Bagi aku, walaupon hanya jalan-jalan buang masa, aku suka. Secrectly aku suka duduk bertentangan dengan dia, or tepi dia, then curik-curik tengok real close muka dia. Aku perasan warna pendakap gigi dia, his flawless skin, his beautiful thick and long hair. Not to mention his hairy feet, vein visible on his hand. I myself feel a lil bit creepy knowing I know all of this, haha.

Kami selalu dan lebih banyak bersembang secara open dekat chat facebook. Believe it or not, kalau kami keluar berdua atau dengan kawan-kawan yang lain, perbualan kami memang terhad, terbatas dan sebagainya. Apa yang kami bincang kat fb dengan tak malunya, menjadi malu-malu kalau dibincang secara bersemuka, haha.

Tapi masalahnya, walaupon dia dan aku selesa keluar bersama. Aku tahu dia bukanlah seperti aku, jauh sekali. Dia sedikit alim, selalu sembang bab2 agama, politik dan isu2 semasa. Aku bukannya tak tahu, tapi topik-topik tu bukanlah makanan aku. Plus, he is a good son. Selalu cakap nak beli something kat parents dia, nak buat sesuatu teringat parent dia. Dan dia jugak sedikit, or can be a lot, homophobic. Dia pernah melihat rakan sebiliknya sewaktu di asrama diliwat oleh senior, terus takut dibuatnya.

Aku tahu banyak tentang dia, aku mulai suka berkawan dengan dia. Tapi, makin aku suka, makin aku tahu, makin aku berhati-hati dengan dia. I onced almost told him about my secret, but since I know him well, I kept it hidden to only me. Aku takut dengan pendedahan yang melebih-lebih akan membuatkan dia tak selesa dengan aku. I dont wanna lose a good friend.

Betapa macam perempuannya aku, sebab esok nak g jumpe nenek dia, aku jadik nervous tak tahu nak pakai baju apa. Kemeja dengan cotton slack or t-shirt dengan jean. Macam mana nak greet his uncles and aunties, his granma especially. Rasa macam nak text dia, tanye nak pakai baju apa, warnanya etc. Tapi itu melebih lebih sangat untuk seorang kawan kan? Btw, this friend of mine has a girlfriend, tudung labuh kot!

Him being good to me is like sending a wrong signal, saying 'Im interested on you', which I know it is not true. Aku terkeliru sekejap kadang-kadang. Rasa betul-betul macam pasangan. Kalau kami keluar berdua, kadang-kadang dia biar aku je yang buat keputusan, sampaikan aku pernah cakap kita bagai suami isteri. Dia setuju!

Apa-apa pun, aku cuma harap kami terus berkawan. Aku pulak tak terlanjur dengan pwrasaan dam terus menjadi sahabat yg menyokong dia dalam apa sekali pon. Biar pon terkadang aku keliru.

Kepada Inchik S, my heartbeat is rising.

4 comments:

  1. First and Foremost: Biarlah kawan itu terus menjadi kawan (dont do a stupid thing siad I LOVE YOU pada dia)

    2ndly: Secret mean - untold story makanya biarlah siapa kamu terus menjadi rahsia... jika tidakpun biarkan sahaja aku sahaja yg tahu.... hak hak hak

    last but not least : Pakailah baju yg sopan & menutup aurat sudah cukup..

    POYO x komen aku... hak hak hak

    ReplyDelete
  2. serius.. kau mmg kena kawal diri.. ive been at ur place before.. aku mmg kena kawal diri kaw2..
    even kadang2 nk bertepuk tampar pun buat aku jd awkward gile.. apatah lagi, bila kena jadi partner buat assignment berdua..

    almost every time aku jadi kekok gileeee.. but, please.. dont over the limit.. u have to know, as a friend, always be a friend..

    tp, seandainya, satu hari, dia sndiri yg luahkan perasaan dia, terserah pada kau..

    apa2 pun, chill.. and kawal nafsuuu tuu.. haha

    ReplyDelete
  3. saw your comment in another PLUs blog, klik profile pastu sampai la sini. Gile lah!! Serius cerita kita sama.
    aku pon macam tu jugak. ade crush kt member aku. selalu usha die, n almost nk luahkan perasaan kt die. tapi seb baik tak luahkan. nnti akward pulak kalo kene rijek. silap2 dibenci pulak. hahaha
    ini lah nasib kita. memendam rasa. haha.

    kekadang terfikir jugak nk "menarik dia". terfikir 1001 posibility kalo die pon berperasaan macam tu. tapi bila fikir pasal family die, it would be a huge burden for him.

    takpe la. bialah die bahagia.

    anyway, peace :)

    ReplyDelete
  4. pada aku, jgn korbankan sebuah persahabatan yg suci demi kerana diri kita, mean, jgn pentingkan diri sendiri.
    kata orang, kalau kita sayangkan seseorang, biarkanlah dia bahagia dengan cara dia sendiri...
    kita tgk org yg kita bahagia, insya allah kita akan turut rasa bahagia.... (poyoooo lak ayat buku nehh.)
    Hehehhehe

    Aku penah lalui ape yg kamu lalui.. sob...sob..sobb...

    ReplyDelete