Penatnyer harini, tapi hati ni gembira.
Seperti perancangan aku dan Inchik S, kami keluar berjumpa nenek S. Nenek tinggal dengan keluarga Pak Ngah Inchik S, ramai anak-anak Pak Ngah.
Perasan macam kawan yang baik, siap sedia dengan ciri-ciri menantu idaman, aku tonjolkan semasa berjumpa nenek.
Seronok tengok rapatnya Inchik S dengan nenek, dengan keluarga pak ngah. Aku pun ringan-ringankan mulut berbual kosong untuk tunjuk kekonon mesra dan baik. Ingatkan sekejap, tapi lama jugak kami di rumah pak ngah. Sampainya sana dalam pukul 330petang, dijamu nasi ayam dan kuih raya, berlarutan hingga hampir 700malam. Kami gerak ke kedai makan berhampiran, nenek dan mak ngah puasa, makanya Inchik S ingin belanja keluarga pak ngah. Jumlah kami makan semuanya lebih rm140. Murah hati Inchik S tolong bayarkan semuanya. Sebelum pulang nenek hulurkan duit saku untuk aku dan Inchik S, aku tolak. Terlalu besar dan tk layak untuk aku terima.
Entah kenapa, aku sedikit gembira melihat sisi baik Inchik S. Sesekali aku lihat diri sendiri, mungkin tuhan temukan aku dan Inchik S adalah sebagai contoh tauladan?
Sebelum kami ke rumah nenek, kamu berjumpa di Uniqlo. Di sana Inchik S sempat belikan ibunya sehelai sweater. Aku kagum.
Pulang dari rumah nenek pula, kami singgah di Dominos Pizza, Inchik S belikan Chocolate Lava Cake untuk ibunya juga. Aku kagum lagi.
Aku mulai terfikir, mungkin dari aku sukakan dia untuk yang tidak sepatutnya, lebih baik aku sukakannya untuk sikapnya. Jadikan dia contoh untuk aku jadi lebih baik.
Yang penting harini hati aku suka sekali. Terbaca pula komen pembaca untuk post yang sebelumnya di dalam kereta dengan Inchik S disebelah, sedikit tergelak. Kehairanan Inchik S. Mungkin esoknya aku pula nak bawa dia keluar, bowling maybe? :-)
Terlupa pula, sewaktu di Uniqlo, sempat Inchik S tunjuk beberapa helai baju dan sebut alangkah sukanya dia jika kekasihnya berpakaian sedemikian, sedikit seksi (awek dia tudung labuh). Pertama kalinya aku merasai hati ni sikit sakit, pelik sangat. Perasaan ni macam cemburu. Hhmmm...
Apa-apa pun, macam pembaca kata, dia adalah rakan aku. Aku akan terus menjadi rakan dia. Biar kami jadi rakan selamanya, insyaAllah.
dah ada gf?? biarkn dia Boy.. dont worry, theres always happiness for you.. maybe not with him..
ReplyDeletesometimes aku rasa, aku sndiri trkejar2kn cinta..
tp ada kalanya kita perlu dduk sndirian, dn fikirkn sejenak.. tak perlu terburu2..
chill Boy.. ;)
snyum sokmo..
@Mie Zackry
Deletelama x nampak Mr Mie Zackry mncul...hehehe..ke mana mnghilangkan diri???heheh :D