Sunday, 31 August 2014

Broken heart

"Aku memang dah yakin dengan pilihan aku."

"Serious la hang yakin? Serious ni?!"

"Ha, betoi la. Hang tau dak, dulu waktu pak guard bank aku tu dok mintak-mintak no cenggey (awek) dan dok offer kat aku, aku terpikiaq apa tau? Awek aku tak buat kat aku macam ni, takkan aku nak buat kat dia macam ni?"

I looked to the front, stared blankly at the road. We just had our dinner and on our way home. That words of his felt like the biggest slap I had ever received. Reality finally hit. Tears started to build up and I was on the verge of crying. We were in the car, he was sitting at the back, I was at the front passenger sit and another friend was driving. I couldn't show my tears. Hold it back, that was what I did.

Even now, I am writing this at 6.30 am in the car going on a trip with family, I still have this feeling of disappointment. Tears are like waiting to burst out from these filthy eyes of this sinner. Because that is what I do best, crying my heart out in my silence.

"...Ya Allah, kau berkatilah hubungan kami, aku dan dia. Agar menjadi SAHABAT yang membawa kepada Engkau, bukan sebaliknya...."

A piece of prayer I pray every last sujud of mine.

Saturday, 30 August 2014

Perlis, 23 Ogos 2014

Ali, "CB, awat hang tak dak awek? Rupa dah ada, belajaq pun pandai. Heran la aku. Pasaipa ha? Cuba habaq mai kat aku."

Aku hanya mampu tersenyum, Inchik S juga seperti memahami untuk tidak bertanya lebih lagi. Apatah lagi meletakkan aku dalam keadaan yang kurang selesa seperti yang aku rasa sekarang. Seperti mana tiap-tiap kali soalan seperti itu dituju kepada aku, dibiarkannya tergantung dengan sekuntum senyuman yang punya maksud mendalam.

Thursday, 28 August 2014

.

penulisan tak berkualiti. tapi diri tetap mahu didengari. maaf.

Kesedihan melampaui kegembiraan

Assalamualaikum.

Cukup tersiksa dengan signal yang diberikan Inchik S. Sungguh!
Terkadang aku menangis dalam solat, mengapa berat betul dugaan yang Tuhan berikan. Susah.

Aku dan Inchik S memang rapat, tak perlulah diceritakan lagi. Baru-baru ini kami ke Perlis atas urusan yang perlu diselesaikan Inchik S, aku diajak menemaninya. Urusan tersebut sekejap sahaja, masa yang selebihnya dihabiskan dengan berjalan-jalan. Ahhh, romantiknya. (Syok sendiri)

Mulai dari situ hati aku, iman aku, banyak jugak digoyang-goyang, macam ribut.

Dua hari lepas, aku mengajak pula Inchik S untuk keluar pada hari Sabtu akan datang. Bukanlah niat aku untuk sekadar berdua, tapi disebabkan rakan-rakan kami yang lain kebanyakkannya sibuk, jadi aku tak langsung sebut tentang mereka. Biasanya, mereka akan bermain futsal setiap Sabtu, malah mereka juga rancang untuk mengadakan BBQ pada Sabtu ini.

Melalui group Whatsapp aku dan rakan-rakan, entah kenapa Inchik S menyuruh yang lain menundakan rancangan mereka ke hari Ahad, katanya beliau ada rancangan. Dia tak belum lagi memberikan kata putus untuk keluar bersama aku, jadi aku andaikan dia memang betul ada rancangan dengan cenggeynya (awek). Hancur hati aku, tak dapat keluar berjalan-jalan dengannya.

Tadi, aku dan Inchik S sahaja, kami berdua keluar untuk makan malam. Kemudian dia  memberitahu tentang permintaannya agar rakan-rakan yang lain agar menundakan perancangan ke hari Ahad. Malah disuruhnya mereka membuat OT bagi yang bekerja, semuanya agar kami dapat keluar berdua. Reaksi aku, berbunga-bunga di dalam hati. Padahal, tak pernah pula aku menyatakan yang kami hanya keluar berdua.

Pada masa yang sama, aku keliru. 

"Apa yang kau nak dari aku?"
"Kau jangan main-main, aku dah cukup terseksa sekarang."

Aku sedar kami serupa fizikalnya. Aku sedar setakat mana batasan aku. Itulah yang membuatkan aku kembali sedih. Agamalah yang menetapkan garis panduan kehidupan tatkala hati tidak lagi bertindak waras. Aku harap jasad ini tidak terikut kata hati. Kerana sekali saja aku melangkah ke arah itu, maka akan hancurlah apa yang ada sekarang.

Kesedihan melampaui kegembiraan.


Friday, 22 August 2014

Thursday, 14 August 2014

Dan sebenarnya...

Sebenarnya, selepas Putera post pasal pengalaman dia beli kondom, maka aku yang curious sejak dulu terus memberanikan diri untuk membeli sekotak kondom. Ha ha ha.


Di atas adalah jenis kondom yang aku beli. Murah, RM3.40 sahaja. Ceritanya begini, hampir sepuluh minit aku belegar-legar di luar kedai 7eleven berdekatan kawasan asrama aku untuk membeli kondom ini. Sebabnya adalah untuk menanti waktu yang sesuai di mana kurangnya pelanggan. Kuranglah juga malu yang aku akan alami.

Bila waktu yang aku tungu-tunggu tak sampai juga, aku beranikan diri, masuk ke kedai dan terus ambil yang mana ada di depan mata. Kekalkan muka selamba dan bayar. Ikutkan hati nak yang mahal sedikit dari yang ini, jenama DUREX kalau boleh, tapi nak buat macam mana kan, takut sangat. Terima jelah.

Semestinya aku dah buat praktikal dengan benda ni.

Dan sebenarnya, aku ada beritahu Inchik S tentang ni. Biasalah lelaki muda, innocent and curious, disuruhnya aku simpan untuk dia. Teringin juga nak tahu katanya. Hahahahahaha.

Nanti aku nak beli lagi. Beranikan diri sikit dan beli yang aku betul-betul mahu seteah dipilih.

P/s: btw, ada kondom yang percuma vibrator for male. Ring type vibrator kot.

Monday, 11 August 2014

Indulged in food

This post is mostly about food.

Friday, 8th August 2014.
I volunteered myself for an event by kemenerian belia or something, Asean Cultural and Food Festival. I was told that the event was part of a three days pre-conference of Asean youth leaders, something like that. For me, it's the food festival that attracted me the most. Took so little pictures and a few selfies.

As its name suggest, foods from Asean countries were prepared along with our local food. Well, let me just say that those food are not for my taste bud. Picture below is one whole Kambing Golek being prepared. As a volunteer, we got to eat all food earlier than visitors since we had to 'work'. Frankly, there were not much works to do, all I did the most was ate, lot of eating involved. And I must say this, our local food are superbly great.


Sunday, 10th August 2014.
Raya Open House! Drove all the way to Shah Alam for a friend's open house. Again, forgot to take pictures, not even one. My friend, she prepared a lot of food, literally a lot. There were Nasi Tomato, Nasi Dagang, Nasi Himpit, Bihun Sup, Laksa and variety of desserts. She even had Kambing Golek as well. Unfortunately, it was gone when I arrived. Kambing kan, siapa tak nak makan?

I actually attended a peaceful rally at Taman Tasik Titiwangsa before I went to her house. It was Bulan Kemarahan Ummah, a rally condemning Israel's attack on Palestine and showing our support for Palestine of course. This was the reason why I was late and missed that mouth watering kambing golek.

While at Shah Alam, a friend's house is at Klang so why not gave him a visit since the distance is not that far. Had macaroni, his own made  biskut raya, which was so very the sedap, and pisang kaki. Even with so much food I consumed, dinner still needed to be taken. Initially, the plan was to go to Wangsa Maju to have Burger King, then I noticed an interesting restaurant next to it, Pop's Eatery, Comfort Food. Well the tagline sure does well thought because the food is comforting, but not for hungry people because of its very small portion. I had spaghetti bolognese which yeah, okay I guess. It's a bit dry, maybe it's just my taste to have it cair, the gravy. Nevertheless, the food was good. I think it is a local brand cafe, worth to support. Here's its facebook link.




11th August 2014
Had nothing to do today until a friend of mine ajak me to accompany him for a quick shopping of hardware. Tiba-tiba nak beli hammer and paku. LOL.

On our way back, we saw this coffee shop, Espresso Lab. Why not gave it a try and in we went. Made a quick Google-ing and found out that this is an international brand. It was a bit pricey. My drink, Iced Caramel Macchiato cost me RM15. While my friend had his Hazelnut Frappresso for the same price. They also have cakes and pastries. Prices are higher than Secret Recipe I should say. The cafe had astonishing and relaxing interior decor.  I could only think about bringing my novel and spending an evening there, one hand holding a coffee and another a book. If you want to find other outlets, check it here.





Honestly, I am trying to loose weight but this festive season is making me to add more. Pfffttt..

Monday, 4 August 2014

Kedua kalinya



Inchik S, penat dan keletihan maka tertidur dalam perjalanan pulang setelah kami menonton The Fault In Our Stars, kedua kalinya bagi aku. Dengan cota di genggam, entah apa yang dimimpinya.

Tiket bertarikh 10 November 2011, telah hampir tiga tahun. Seorang kenalan yang bekerja di TGV memberikan tiket percuma kepada aku dan Inchik S. Hanya kami berdua. Walaupun cerita entah apa-apa, tapi masih gembira sebab dpat melihat wayang hanya berdua. Gatal. Haha.

Alhamdulillah, hari ini aku gembira. Kesampaian juga hajat aku.

Saturday, 2 August 2014

He rubbed it on my face.

"Esok wayang jom?"
"Esok aku nak keluar dengan cenggey (girlfriend) aku. Tapi nak follow boleh je."
"Cenggey tu siapa?" Belum faham maksud 'cenggey' tersebut.
"Cenggey aku la, nak follow jom."
"Awek kau ke?"
"Habis tu?"
"Ouh, tak apalah. Haha."
"Aku kenal perempuan tu je. Dia okay je kalau kau ikut sekali."
"Tak apalah, aku tak okay."
"Nak follow jom. Dah banyak kali dah aku pelawa."
"Tak nak."
"Betul tak nak ni? Aku nak belanja kau lagi. Haritu serius sangat suruh aku belanja."

Perbualan whatsapp aku dan Inchik S petang tadi. Sedih, ya, jujur aku cakap aku hampir menangis. Mata mulai berlinang dengan air mata. Aku tahan, tak mahu pipi aku basah kerana dia. Entah, mungkin kerana cemburu buta, cemburu yang sia-sia. Dia bukan milik aku, tapi aku berlagak seperti aku yang punya.

Petang itu juga aku keluar dengan keluarga aku. Mood memang langsung serba tak kena. Perjalanan ke destinasi bersama keluarga aku hamburkan kata-kata kutukan kepada pengguna jalan raya yang lain. Aku berasa marah. Riak muka aku memang berubah masam. Aku sedar dan cuba untuk mengubahnya, namun gagal. Sungguh aku terkesan dengan ajakan Inchik S untuk temankan dia keluarkan bersama 'cenggey'nya.

Malam itu selepas pulang ke rumah, aku terus menghidupkan enjin kereta dan menuju ke gerai tomyam. Cadangan ingin sekadar melepak. Rakan-rakan lain turut bersama-sama. 

Sekali lagi Inchik S tidak berhenti mengajak aku agar menemani dia. Aku sekali lagi terasa seperti sengaja di permainkan. Sedih dan marah, seperti dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk.

Aku tak mahu ikut, tak mahu melihat perempuan itu, aku cemburu. Takut aku termarah, tidak pun ter-menangis. Tak, aku tak mahu. Aku sedih. Kenapa dia bukan aku yang punya?



Video ini aku tahu dari blog Annas Yusry. Aku harap kisah aku tak seperti ini. Aku sedih.