Tuesday, 10 March 2015

Aku masih menunggu sepasang sandal merah

"Mak beli yang ni dulu tau. Nanti bila-bila mak beli yang lain."

Aku pakai sandal merah yang emak belikan. Tak pernah aku terlintas untuk membeli yang baru kerana aku pegang janji emak. Mungkin sudah takdir, sandal itu adalah yang terakhir emak belikan untuk aku sebelum dia jatuh sakit.

Aku masih menunggu.

Tak pernah terlintas bahawa emak tidak akan sembuh. Harapan, itulah yang mendorong aku untuk percaya bahawa kami sekeluarga boleh melepasi ujian kali ini. Jika tahun 2013 dahulu Allah  mendengar doa kami, tak mungkin Dia akan menolak doa ini agar emak sembuh kembali.

Aku masih menunggu.

Sudah dua minggu sejak pemergian emak. Aku percaya Allah itu ada rancangannya yang lebih baik dari yang kami doakan. Di dalam kelas tadi, Madam ada cakap, "Usually when the wife dies before her husband, she will go to heaven." Ameen, itulah sahajalah yang aku mampu untuk lakukan sekarang. Tiada jasa yang aku boleh lakukan lagi untuk emak melain dengan doa. Itu sahajalah yang aku upaya, namun tetap rasa tak pernah cukup.

Terkadang, air mata aku terkeluar jua. Mana mungkin aku lupa akan seorang wanita yang menatang aku bagai minyak yang penuh selama 23 tahun. Seorang wanita yang sentiasa tabah demi dua orang anaknya.

Aku masih menunggu, sepasang seliper baru menggantikan sandal merah aku.


6 comments:

  1. Aku doa kau terus tabah, aku tak paksa kau move on sebab ia melibatkan insan yang paling kau sayang. Cuma aku harap penantian kau ada akhirnya. Sayangi yang tinggal, kenang yang pergi. Itu lebih baik. :)

    Apapun stay positive. Insha'allah syurga buat isteri dan ibu yang baik.

    ReplyDelete
  2. Stay strong, bro. In shaa Allah, your mum dikurniakan syurga :')

    ReplyDelete
  3. Nu'man berdoa semoga kita semua dipertemukan dengan orang2 yang tersayang di syurga kelak .. :p

    ReplyDelete
  4. Kuatkan diri ya Zacky. I lost my dad last year. Pedihnya terasa sampai sekarang so banyakkan bersabar.

    ReplyDelete