"Semalam mak mimpi makan strawberry besaq-besaq ni (sambil menunjukkan tapak tangan emak). Adik beli kat mak strawberry. Mak teringin nak makan."
"Sat lagi adik pi beli nah."
Hampa harapan aku apabila Mydin Parit Buntar tidak menjual buah strawberry. Terus aku ke Jusco Alma, malangnya tetap tiada.
"Hello, kaklong. Sat lagi balik kerja singgah sat beli strawberry dekat Tesco Seberang Jaya. Adik cari merata tak jumpa."
Seusai kerja, kaklong terus menuju ke Tesco Seberang Jaya dan membawa pulang buah strawberry yang emak mahu. Mungkin terlalu teringin, emak berjaya memakan sehingga 4 biji strawberry. Ya, berjaya kerana sebelum ini sesuap nasi pun tak dapat emak mengunyah, apa lagi menelan.
Tapi seperti biasa, apa yang dimakan pasti akan diluah semula walau bukan kehendak emak. Malam itu, sakit emak makin teruk. Muntah sudahlah tidak berhenti, mengerang pula kesakitan. Kami hanya mampu melihat, langsung tak dapat membantu.
"Strawberry ni kecik. Mak nak yang besaq. Adik, bawak mak pi Cameron Highland. Mak nak makan strawberry."
"Tapi mak tak boleh jalan, macam mana nak pi?"
"Takpa, mak duduk ja dalam kereta."
28 Januari 2015
Hujung minggu yang sama, terus kami sekeluarga ke Cameron Highland. Sepanjang perjalan emak diam sahaja. Tapi, mungkin tuhan memberkati perjalanan kami, langsung emak tidak muntah atau cirit. Dari pagi hingga ke petang, emak berjaya menahan diri dari sebarang kesakitan. Sesampai saja di rumah, terus emak tidur. Lama tidurnya. Aku tahu, emak penat. Penat menahan sakit.
"Adik, mak seronok pi Cameron. Nanti mak nak pi lagi. Manis strawberry kat sana. Tapi tak besaq macam yang mak nak."
"Yang besaq-besaq kat Malaysia susah nak carik. Nanti mak sihat kita pi lagi nah."
22 Februari 2015
Jam menunjukkan pukul 4 petang. Sejam lagi aku akan bertolak pulang ke UIA Gombak.
"Mak, harini adik nak balik uni dah."
"Pukoi berapa?"
"Pukoi 5. La dah pukoi 4, lagi sejam adik balik."
"Balik cepat, jalan jam. Bawak kereta pelan-pelan. Duit ada tak?"
Aku terdiam, tak mampu menjawab soalan emak. Emak yang terbaring nazak masih lagi sempat merisaukan anaknya ini. Aku hanya berterusan menangis. Entah kenapa, senang benar air mata aku jatuh pada hari tersebut.
"Mak tak payah la risau pasai adik. Tak payah pikiaq pasai adik. Mak cuba makan tau lepas adik balik ni, bagi sihat balik, kuat," aku berkata sambil menangis teresak-esak.
Tangan emak yang kurus, yang tidak lagi berdaya digerakkan ke muka ku, aku sambut. Tangannya tidak aku lepaskan. Aku lihat emak juga seakan-akan menangis. Namun tiada air mata yang keluar. Yelah, mana mungking seseorang yang langsung tidak makan atau minum boleh lagi menghasilkan air mata. Aku menjadi makin sebak.
Sejam aku di sisi emak, menangis tak henti-henti.
"Mak, adik balik dulu tau. Adik minta maaf kat mak."
"Mak pun sama."
Lalu aku cium emak. Rupanya itulah kali terakhir aku dapat melihat emak bernyawa, kali terakhir aku dapat mencium emak semasa hayatnya.
24 Februari 2015
2.00 a.m.
"Hello CB, pak cik ni. Mak hang dah teruk ni. Sat pak cik pass telefon dekat ayah hang."
"Hello adik, mak teruk dah ni."
4.00 a.m.
"Hello CB, ada kat mana la?"
"Baru keluaq. La ni ada kat jalan Duta."
"Takpa-takpa, bawak kereta elok-elok."
5.10 a.m.
"Hello, adik, ada kat mana?"
"Baru lepas Ipoh."
"Nak bagitau ni, mak dah takdak. Adik jangan sedih nah. Bawak kereta elok-elok."
7.00 a.m.
Aku sampai kerumah tepat jam 7 pagi. Jenazah emak kelihatan tenang, bersih.
Alhamdulillah, urusan pengebumian emak berjalan-lancar. Ramai kenalan ahli keluarga kami yang datang melawat. Malah, segala bayaran untuk pegurusan jenazah dibayar menggunakan duit hadiah tetamu yang hadir melawat.
"Sebelum mak meninggal, mak tanya adik mana. Kaklong kata, tunggu la adik. Dia tengah balik tu. Kaklong tengok mak habis hayat. Kesian kat mak, tapi alhamdulillah sat ja, senang. "
Innalillah...
ReplyDeleteZacky, terharu aku baca. ucapan takziah dari hati ini.
be strong kay...
takziah...actually kalau Aeon/Jusco bukak time tu dah bleh bli strawberry
ReplyDelete:(
Setiap jiwa pasti akan merasai mati .... Al Anbiya 35
ReplyDeleteTakziah buat Zacky dan keluarga. Perpisahan ini sementara cuma. Live well dan ingat lah, satu hari akan berjumpa balik. Semoga arwah ibu tenang di sana dan berada dlm rahmat Tuhan. Insyaallah.
my deepest condolences. stay strong..
ReplyDeleteStay strong Zacky. Harap kau tabah.
ReplyDeleteInnalillah.
ReplyDeleteSalam takziah Zacky.
Be strong. :'(
SALAM TAKziah zack...kuatkan semangat...setiap yg hidup pasti akan merasai kematian...huhu..semoga roh ibunda zack tenang di sana..dan ditempatkan diklgn org2 yg solehah...berkaca mata aku baca....T_T....
ReplyDeleteSemoga arwah ditempatkan dikalangan hamba2 disisinya. Takziah dan alfatihah dari saya. Semoga awak tabah dan kuat semangat. InsyaAllah. Mudah2an.
ReplyDeleteTakziah Zacky dan keluarga..sebak baca.
ReplyDeleteTabah k Abg..insyaallah Abg kuat..semoga Mak Abg tenang dan ditempatkan dgn orang beriman..insyaallah...kita sebagai anak jgn lupa doakan kesejahteraan kpd dorg..kami pernah lalui masa tu bila ayah kami meninggal sebelum spm..so kami faham..bersabar k..
ReplyDelete