Tuesday, 15 August 2017

Kenduri Jodoh?

**campur Dettol dengan air. Ambil kain buruk dan mula lap blog**

Bulan Ogos, entah kenapa ramai benar kawan-kawan yang mulai mendirikan rumah tangga. Bulan ini, setiap Sabtu aku dipenuhi dengan jemputan pernikahan dan kenduri kahwin. Rileklah, kami baru berusia 25 tahun, kenapa tergesa-gesa mengikat tali pernikahan ni? (Bicara orang bujang tak laku)

Sabtu lepas, aku menghadirkan diri ke kenduri perkahwinan sahabat baik aku. Bertempat di dewan serbaguna Menara TM, agak mewah dengan makanan, hiasan, muzik dan sebagainya. Biasalah kenduri, dalam meraikan pernikahan sahabat, turut menjadi tempat perkumpulan rakan-rakan sekampus. Sempatlah bertanya khabar dan melepas rindu.

Adanya hari itu, dalam kami sibuk bersembang, duduk selang setempat dengan aku seorang lelaki ganteng. Haruslah aku jatuh cinta pandang pertama. Hormon menggatal mulai membuak-buak.

Sejujurnya, aku bukanlah orang yang mudah memulakan bicara dengan orang yang baru aku kenal. Lagi-lagi dengan RBF (Resting Bitch Face) yang dilahirkan bersama ini, seringkali aku dianggap sombong. Tapi kali ini, mungkin kerana tekanan rakan-rakan yang mulai mendirikan rumah tangga menyedarkan aku yang masih bujang tidak teruna ini. Lantas aku beranikan diri memulakan bicara.

Perbualan kami hanyalah sekadar pada karier dan hal kedewasaan. Rupanya, dia juga asalnya dari kampus yang sama dengan aku. Dan rupanya lagi, semua yang berada disitu mengenali lelaki terbabit. Biarlah aku namakannya Asyraf. Aduh, kenapalah aku tak dipertemukannya dari awal? Betah aku dalam dalam diam.

Asyraf fizikalnya memang ganteng, tidak kurus, tidak gemuk. Ada tanda-tanda seorang yang berotot ketang. Aku hanya mampu berangan nakal selagi badan shirtlessnya belum kulihat sendiri. Perwatakannya ramah dan mesra.. Dah aku bilang yang aku bukanlah mesra orangnya, tapi dengan dia, petah sungguh kami bercoloteh.

Ada juga aku nyatakan keinginan aku untuk kenal lagi dalam kepada rakanku yang lain. Mereka bilang, teruslah minta business cardnya. Sekurang-kurangnya, tak adalah nampak seperti kau memang nak kejar dia. Betul juga kata mereka. Dalam terus lagi bicara, aku dapat tahu dia kehabisan kad perniagaannya. Aduh. Tapi aku memang sudah berkira-kira untuk tidak berhenti di sini sahaja, Berulang kali aku terpaksa meyakinkan diri aku untuk terus sahaja minta telefon nombornya. Aku tunggu dan tunggu, perhatikan masa yang sesuai hinggalah dia menyatkan hasrat untuk beralah dahulu.

"Eh, dah nak balik eh? Business card kau habis eh? Hmm kalau macam tu nak phone number, boleh?"

*tepuk tangan sekuat hati berulang kali*

Entah mana datang berani itu. Aku sendiri kagum dan hasilnya, serangkap telefon nombor Asyraf. Tapi, sekarang bagaimana pula? Apa aku hendak buat dengan nombor dia?

"Salam, in case kau lupa nama aku, Zacky. 
Eh, ingat lagi bro. Haha"

Begitulah permulaan mesej kami. Pendek sahaja. Sungguh aku tak tahu bagaimana caranya untuk berkenalan dengan seseorang. Jujur aku cakap, inilah lelaki kedua setelah Inchik S yang aku rasa, aku mulai suka. Tapi permasalahan sekarang adalah, dia mungkin 1) tidak mempunyai perasaan yang sama, dan yang paling bahaya ialah 2) dia mungkin lelaki asli, straight, bukan gay.

Aku tahu, mungkin apa yang aku lakukan sekarang ini adalah bahaya dan bodoh(?). Akan tetapi, aku mulai sedar tidak akan datang bergolek apa yang aku inginkan andai aku tidak berusaha kearahnya. Setakat ini, dia biasa-biasa sahaja. Mesej kami pendek, dan ringkas. Aku juga tak mahu memaksa biarpun dalam hati ini membara-bara. Aku harap usaha yang dituai ini akan membuahkan hasil.

Andai para pembaca nak tahu dalam daily basis apa terjadi antara aku dan dia, bolehlah ketik butang FOLLOW pada Twitter aku. Ada tweetnya telah aku PIN untuk memudahkan yang ingin ikuti perkembangan.

Semoga juga Asyraf menjadi penyebab untuk aku mula menulis semula.

2 comments:

  1. wow!..bravo awak..lamanya awak hilang, rindu sangat nak baca awak tulis..

    Tak salah untuk berkawan, jangan terlalu tergopoh-gopoh k. Perlahan dan perlahan. Walaupun dalam hati membuak pelbagai rasa. Sabar ok awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenggelam timbul je ni. Haha insyaAllah akan cuba tulis lagi.

      Delete