Friday, 30 October 2020

Simpan Emas

Aku rasa susah benar hendak mula menyimpan. Tiap kali simpan, ada ja yang terbeli itu ini. Sekejap sangat duit simpanan tu susut. Bulan tujuh (7) yang lepas, aku cuba untuk menyimpan dengan cara yang berbeza. Dengan duit lebihan yang sepatutnya aku simpan, aku beli bar emas. Alah, yang dijual dengan pilihan berat 1 Gram, 2 Gram dan sebagainya. Hari ini aku beli lagi, kali ini entah kenapa aku beli rantai emas pula. Padahal bukan boleh dipakai, dan harganya bagi aku tak berbaloi jika dibandingkan dengan bar emas. Tapi, tujuannya tetap sama, dibeli untuk simpanan, bukan hiasan. Aku beli dengan harapan aku tak mudah untuk tukarnya kepada wang semula. Dan moga-moga dalam masa beberapa tahun akan datang, emas-emas ini akan bernilai lebih dari harga yang aku laburkan sekarang. Dan moga juga aku istiqomah dalam menyimpan emas-emas tersebut, amin.

Itu saja entry pendek aku hari ini. Sekadar menghidupkan blog yang hidup segan mati tak mahu. Kalau ada rakan-rakan blogger lama yang masih membaca, silalah tinggalkan komen. Rindu jugak kalian semua. 

Sekian.

1 comment:

  1. pelaburan tu.. bagus jugak.. tiba masa harga emas melambung boleh la jual..

    ReplyDelete