Wednesday, 29 August 2012

Dia Lagi.

Hari ini aku tengok dia lagi
orang yang sama
kisah yang sama
tak berubah.

Sangat kasihan
acapkali aku melihat dia.

Hari ini dia luahkan
pada tetamu hatinya
mereka kawan
sesaat terkelu
dan dengan sebuah ketawa
segalanya, kawan itu
tukar menjadi jenaka
dia ketawa
mereka ketawa.

Tapi aku tahu
kerana aku juga begitu
dia pasti luka
bukan zahirnya
tapi di dalam
terguris, berdarah
aku kasihankan dia.

Yang tidak dapat zahirkan.

1 comment:

  1. sabar hadapi hidup.. moga dipermudah dan dilancarkan segala urusan baik

    ReplyDelete