Tuesday, 14 August 2012

Sahabat itu [sahabat dua]

Tiba-tiba terkenang
kisah aku dan sahabat ini
sahabat dua
aku namai.

Awal perkenalan
rakan sebilik
rapat.

Akhir perkenalan
rakan sebilik, lagi
rakan sekelas, pula
bercerai.

Dulu duduk sama-sama
joging sama-sama
makan pun sama-sama
orang sampai kata
suami isteri.

Pertengahan perkenalan
semester dua asasi
akrab bagai isi dengan kuku
tapi
kuku makin pecah
isi makin layu.

Aku tak tahu kenapa
jauh-jauh aku dan sahabat itu
bercakap tidak bertegur pun tidak
kerana kerja baru berkata-kata.

Runsing pun ada
tanya kawan baik dia
teman wanita aku
waktu itu.

Perempuan itu
kawan baik dia
teman wanita aku
tahu tapi tidak memberitahuku
kalau itu yang dia mahu.

Selesai asasi kami
berpisah begitu saja
aku pohon maaf kalau salah
pulangkan topi yang kami tukar
terus senyap begitu saja
aku dan sahabat itu.

Dia tiada langsung warkah terakhir
kononnya,
maaf selamat tinggal apatah terima kasih
hilang begitu saja.

Aku masih runsing
tapi aku biarkan sahaja
mungkin salah aku
mungkin juga dia
yang pasti
aku tak mahu beban ini selamanya
aku meminta maaf
dan aku juga memaafkan
biar aku tak tahu apa sebabnya.

No comments:

Post a Comment