Tuesday, 7 August 2012

Satu permintaan, harapan.

Macam biasa tadi layan facebook,
baca komen-komen orang,
gelak sorang-sorang,
macam orang masuk air.

Ada satu group di facebook
tanya soalan ni,
'Before I die, I wish to..'
tersentap sekejap.

Aku tak fikir lama,
terus muncul
itu yang paling penting.

Sebelum aku mati, aku berharap,
semua orang yang mengenali aku dapat memaafkan aku.
Sebelum aku mati, aku berharap,
aku telah kembali kepada Sang Pencipta.

Aku tahu banyak dosa aku
dengan orang.
Aku pernah mencuri,
aku pernah menghina,
aku pernah menipu,
malah aku pernah melakukan hubungan suami isteri.

Aku tahu banyak dosa aku
dengan Sang Pencipta.
Solatku ke laut,
Arahannya aku ingkar,
malah aku pernah melakukan hubungan suami isteri
sejenis.

Aku tahu,
aku pernah berputus asa,
dengan kematian, redha.
Aku manusia lalu aku masih berharap
walaupun harapan itu
sekelumit nampaknya.

Before I die. Sumber, encik GOOGLE.

5 comments:

  1. selagi hidup, kena usaha baiki diri
    sblm dtg hari yg kita tk boleh nk usaha dah..

    ReplyDelete
  2. bertaubat dan tidak melakukannya lagi..inshaAllah selamat..

    aku pandai nasihat org, ku sendiri pon pernah sesat

    ReplyDelete
  3. manusia, macam itulah... insyaAllah aku cuba.

    ReplyDelete
  4. bunyi macam menakut kan..

    tapi kadang2 kite kena lah pk benda2 gini kan

    ReplyDelete
  5. Takut mati dan kerana takutkan mati aku tak berani buat benda-benda luar norma. Pendam saja.

    ReplyDelete